http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Sivakumar Tetap Speaker Sah - DS Nizar

Posted by Love Perak | Monday, February 22, 2010 | 0 comments »



IPOH – Pakatan Rakyat tetap menolak Datuk R Ganesan sebaliknya mengiktiraf dan mengesahkan V Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilantik mengikut lunas-lunas perundangan.

Menteri Besar Perak pilihan rakyat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Ganesan tetap dianggap sebagai ‘orang haram’ bukan Speaker DUN sebagaimana yang diperkatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Datuk Hamidah Osman.

Menurutnya, tidak ada sebab beliau dan ADUN Pakatan Rakyat (PR) perlu menerima Ganesan sebagai Speaker sedangkan pelantikannya tidak mengikut saluran perundangan yang betul.

“Usul untuk melantik Ganesan sebagai Speaker dikemukakan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan disokong oleh Hamidah adalah tidak sah disebabkan pada ketika itu Zambry sudah digantung daripada menghadiri sidang DUN oleh V Sivakumar. :

“Jadi, kenapa mereka minta saya dan ADUN PR menerima Ganesan sebagai Speaker sedangkan ia adalah ‘orang haram’,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Exco Kanan Kerajaan Negeri yang juga ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman, kelmarin yang meminta beliau dan PR akur serta menerima Ganesan sebagai Speaker yang sah.

Nizar berkata, walaupun Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah, ia tidak bermakna PR juga menerima Ganesan sebagai Speaker.

Katanya, dua situasi itu berbeza dan pihaknya akur dengan keputusan mahkamah bagaimanapun dalam soal Speaker, PR tetap tidak boleh menerima lantikan Ganesan.

Beliau berkata, pihak pakatan akan meneruskan siri-siri ceramah di seluruh negeri Perak untuk menjelaskan kepada rakyat senario politik yang berlaku di negeri ini.

“Sambutan amat memberangsangkan, bukan sahaja permintaan dari kalangan ahli-ahli PR bahkan badan bukan kerajaan (NGO), ahli jawatankuasa surau turut menjemput kami mengadakan sesi ceramah di kawasan mereka.

“Malah, Kedah dan Selangor turut menjemput kami mendekati rakyat merungkaikan kemelut politik yang berlaku sepanjang setahun.

“Sebenarnya mereka juga ingin tahun kenapa angka 5-0 untuk kes siapa Menteri Besar 9 Februari, kenapa tidak 3-1 atau 3-2,” katanya.

0 comments