 Melihat  rakyat kurang memberi sambutan kepada program mereka, Umno terpaksa  "merasuah" RM10 kepada setiap penduduk Guar Jering di Penanti, Pulau  Pinang yang rela hadir ceramah anjuran parti itu bagi menggelakkan terus  dimalu.
Melihat  rakyat kurang memberi sambutan kepada program mereka, Umno terpaksa  "merasuah" RM10 kepada setiap penduduk Guar Jering di Penanti, Pulau  Pinang yang rela hadir ceramah anjuran parti itu bagi menggelakkan terus  dimalu.
Apatah lagi ahli Umno di situ tidak mahu menjatuhkan air  muka Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Zahid  Hamidi yang hadir pada ceramah tersebut.
Ketika mendedahkan  perkara ini Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali berkata Umno terus  mengumpan rakyat melalui amalan rasuah dan imbuhan material bagi  mendapat belas kasihan serta perhatian semula rakyat.
"Umno  rasuah RM10 kepada penduduk Guar Jering untuk tarik penduduk hadir  majlis Umno yang diadakan pada hari yang PKR membuat ceramah tapi  penduduk di sini tidak termakan pujuk rayu duit haram yangingin  disampaikan.
"Halal haram Umno tidak peduli lagi, yang penting  bagi mereka janji rakyat boleh dibeli supaya Umno boleh berangan-angan  kembali merampas kembali kawasan mereka kalah," kata Azmin pada ceramah  isu semasa dan menolak fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Guar  Jering, Penanti bersama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mansor  Othman semalam.
Tambah Azmin, Umno juga  terus menipu rakyat dengan sengaja mereka cerita bahawa beberapa ahli  Pakatan Rakyat telah keluar parti tetapi realiti menunjukkan keahlian  Pakatan Rakyat terus meningkat menyebabkan Umno tergugat.
"Ditangan  saya ada lebih daripada dua ratus ahli yang baru mendaftar menjadi ahli  Pakatan Rakyat tetapi puak ini (Umno) sengaja membuat cerita untuk  mencalar imej kita," kata beliau.
Apabila Umno hilang arah dan  tidak mampu mencapai dasar-dasar yang dijanjikan mereka merancang untuk  memporak-perandakan Pakatan Rakyat supaya rakyat mengalih perhatian  tetapi malangnya bagi mereka akyat tetap bersama Pakatan Rakyat manakala  Umno terus ditinggalkan kata Azmin lagi.
"Kita tidak perlu bagi  10 sen pun rasuah kepada rakyat kerana rakyat tetap terus membanjiri  semua majlis yang dijalankan. Ini membuktikan rakyat memberi sokongan  tanpa batasan kerana mereka yakin kepada Pakatan Rakyat berbanding  Barisan Nasional.
"BN yang zalim dan rakus hanya mahu mengaut  keuntungan haram dan oleh sebab itu mereka akan terus disingkirkan.  Kewujudan mereka hanya merosakkan negara dan anak bangsa tidak mampu  dibela," katanya lagi.
Jelas beliau jika kezaliman dan  penyelewengan Umno berterusan negara akan tergadai.
Ini kerana  Umno ingin melihat kemusnahan negara selepas mengaut keuntungan. -SK
¡Hola mundo!
9 years ago
 

 
 













0 comments
Post a Comment