oleh Tulang Besi :
NOTA EDITOR: No komen. Nanti orang kata saya tak wala'. Kenyataan Presiden itu boleh dibaca di sini. Mungkinkah ini satu sebab Presiden tidak pernah meluangkan waktu melawat Anwar Ibrahim di mahkamah sepanjang perbicaraan beliau. Hanya Tok Guru Nik Aziz sahaja yang berani menunjukkan solidariti dan tanda sokongan terhadap Anwar Ibrahim dengan menghadiri perbicaraan liwat ke-2 baru-baru ini.Lagi satu, kalau macam ni kita wajib TOLAK pertolongan George Galloway dan parti beliau yang telah cuba membantu Gaza baru-baru ini.
Bayangkan kalau Presiden PAS difitnah Liwat seperti Anwar, dan tiba2 MP2 dari Australia, New Zealand, Britain dsbnya bangun menyokong Presiden. Adakah ahli PAS mahu menolak sokongan mereka?
TIndakan MP2 Australia itu adalah tindakan menentang kezaliman. Walaupun tampak seperti campur tangan, tapi dari segi moralnya, tindakan mereka itu patut disokong. Mengapa? kerana dahulu Tok Guru Haji Hadi sendiri mengajar saya bahawa kezaliman patut ditentang dengan apa cara sekalipun.
UMNO kepanasan. Tekanan internasional ini terlampau besar ke atas UMNO sehingga mereka terpaksa menangguhkan kes ini selama sebulan. Ingat atau tidak sewaktu Najib pulang dari lawatan ke Timur Tengah, tiba-tiba sahaja kes Anwar ditangguh sebulan. Ini kerana boleh dikatakan kesemua pimpinan negara Timur Tengah telah memaki Najib dan mendesak Najib melepaskan Anwar Ibrahim. Pemimpin Timur Tengah paling lantang adalah Erdogan. Saya dapat cerita HAMAS pun maki Najib pasal isu Anwar dan maki Zahid Hamidi pasal jumpa Presiden Yahudi.
Itu yang Muhyiddin LEGAAAA bila Presiden PAS berkata begini. Saya berharap sangat Presiden PAS menukar pendirian ataupun memberi keterangan baru kepada penerangan ini sebagai melindungi imej PAS itu sendiri di mata rakyat Malaysia.
¡Hola mundo!
8 years ago
Komen TGHH adalah adil. Soalan wartawan yang cuba memerangkapnya. TGHH bertegas 3 cabang kuasa mesti diasingkan dan ada wibawa sendiri. Legislatif, eksekutif dan kehakiman. TGHH kata kehakiman patuh pada PM. Saya rasa TGHH ok. Muhyidin saja nak jaja seolah TGHH sokong kerajaan.
salam,
kadang-kadang aku pening dengan sikap pemimpin dlm Pas nie........
nak berpolitik kena laa ceredik lebih dari pemimpin seteru........
ni tidak....
dok becakap benda yg tidak menguntungkan politik sendiri...
kalau presiden nya bertahap macam tu.....lebih baik laa ganti orang lain.......
Australia tu salah satu anggota pbb..segi moralnya dia nak melihat wibawa keadilan berjln dlm situasi sebenar......keadilan bukan semesti datang dari Islam sahaja...
kita bukan boleh tahan pandangan luar dengan apa yang berlaku dlm negara.....itu hak dia nak memberikan pandangan.....
betoi macam hang kata tu Tulang Besi....aku cukup setuju sangat...
kadang-kadang perlu guna ilmu mantiq yg dok belajaq tu..............tapi tak tau laa nampaknya ilmu ni tak diguna langsung dlm bab ni......
menegak keadilan tidak kira datang dari sapa pun....berlapanglah dada...
kalau nak ambik hati grombolan pun...bukan laa begitu caranya...