http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Cerita Sebenar Mengenai Kisah 4 Juta Kickdefella

Posted by Love Perak | Tuesday, May 04, 2010 | 3 comments »

Oleh : Topeng Perak

Bila timbul isu peruntukan sebanyak RM4 juta yang Blogger Kickdefella timbulkan, 1 persepsi buruk mula timbul didalam PAS. ada yang masih tak tahu apa itu Global Media Channel (GMC) yang pengurusannya diserahkan kepada Blogger Kickdefella sepanjang beliau bekerja di PMBK.

Lebih teruk lagi apabila dikalangan Ahli PAS sendiri pun masih belum jelas akan kedudukan dan peranan Global Media Channel (GMC) di Kelantan. ramai yang fikir, Global Media Channel (GMC) ialah sebuah Syarikat yang dimiliki oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan.

Ramai jugak yang salah sangka bahawa segala perbelanjaan dan juga pembiayaan aktiviti Global Media Channel (GMC) dibiayai oleh Parti PAS dan juga Kerajaan Negeri Kelantan. ini ramai yang masih tak faham sebabnya dikalangan Ahli-Ahli PAS sendiri ramai yang bodoh sombong - malas bertanya, tapi suka dengar cakap-cakap orang ke-3 atau khabar angin.

Ini memang mentaliti kebanyakan Ahli PAS. malas nak selidik sendiri. pemalas. penyakit Ahli UMNO dah banyak merebak dalam jiwa Ahli PAS. sebab tu makin lama makin banyak masalah dalam PAS.

Dekat bawah ni aku terangkan secara ringkas apa itu Global Media Channel (GMC) dan maklumat dekat bawah ni aku dapat dari Pemilik Global Media Channel (GMC) sendiri dalam pertemuan dengannya kelmarin di JKR 10.

Macam yang didedahkan oleh Blogger Kickdefella, Idea penubuhan Global Media Channel (GMC) bermula apabila beliau mula berkhidmat di Kelantan selepas melihat potensi sebuah Televisyen Internet (Broadcast) Kelantan TV.

Perkara ini (penubuhan Global Media Channel (GMC) kemudiannya dibincangkan dalam 1 mesyuarat di JKR 10 (Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan) pada bulan April, 2007. beberapa pihak agak tidak senang dengan idea meletakkan pengurusan dibahu Blogger Kickdefella kerana beliau adalah Ahli UMNO.

Setelah mendapat penentangan berkenaan dengan penyerahan pengurusan, 1 keputusan telah dibuat oleh Dato' Haji Husam Musa iaitu - Global Media Channel (GMC) ditubuhkan sebagai sebuah Entiti berasingan yang bukan dibawah Parti PAS dan bukan juga dibawah Kerajaan Negeri Kelantan.

Jelasnya ramai salah sangka sehingga sekarang dan ramai Ahli PAS beranggapan bahawa Global Media Channel (GMC) berada dibawah Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan. hakikatnya ialah - Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd ialah 1 Syarikat Swasta yang tidak ada kena mengena dengan Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan.

Pendedahan yang tidak lengkap oleh Blogger Kickdefella sedikit sebanyak telah menimbulkan persoalan yang kurang baik terhadap Parti Pas dan juga Rakyat Kelantan lebih-lebih lagi apabila Blogger Kickdefella mendedahkan tentang pembiayaan bernilai hampir RM4 juta.

Ramai yang menyangka bahawa Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan telah membazirkan wang rakyat Kelantan untuk 1 aktiviti yang tidak berfaedah seperti yang telah didedahkan oleh Blogger Kickdefella.

Disini perlu dijelaskan secara lebih terperinci agar segala kekeliruan selama ini terlerai dan tiada lagi syak wasangka atau salah sangka dikalangan Ahli PAS sendiri.

Benar seperti pendedahan Blogger Kickdefella - Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dimiliki oleh pemimpin PAS (pada masa itu). Pengarah dan juga Pemegang Syer Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd (pada masa itu) ialah Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Kelantan yang juga Ahli Majlis MPKB - Abdul Rahman dan juga Timbalan Yang Di Pertua PAS Kubang Kerian yang juga Setiausaha DPPK - Mohd.Ridza.

Rekod tersebut ialah rekod ketika Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd ditubuhkan dan pada ketika ini Pengarah dan juga Pemegang Syer Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd telah bertukar nama. harap Blogger Kickdefella sudi mendedahkan nama-nama Pengarah dan juga Pemegang Syer terbaru Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd selain dari Saudara Rosul.

Berkenaan dengan kewangan pula, dari awal penubuhan Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd sehinggalah ke waktu ini, baik Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan TIDAK PERNAH menyumbangkan atau membiayai sebarang operasi atau projek yang dikendalikan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd kerana Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan tidak ada apa-apa kepentingan didalam Syarikat Swasta ini.

Semua pembayaran yang dibuat oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan kepada Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd kalau ada pun hanyalah untuk kerja-kerja atau perkhidmatan yang menggunakan khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd. dalam ertikata lain - Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan hanya membayar charge yang dikenakan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd atas perkhidmatan dan bukannya "membiayai" operasi tersebut.

Tidak pernah timbul soal "pembaziran" oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan dalam hal ini kerana yang dibayar adalah "Khidmat" dan bukannya suka-suka beri dana.

Yang ini kena perjelas pada semua Ahli PAS biar faham.

Khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd yang pernah digunakan oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan pula tidak termasuk "operasi perang saraf" seperti yang didedahkan oleh Blogger Kickdefella. Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan hanya menggunakan khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd antaranya Event Management, Rakaman dan Pembuatan Video dan lain-lain yang berkaitan dengan media termasuk mencetak poster TGNA membaca doa dalam Munajat Perdana.

Tidak ada dalam kertas kerja Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd agenda memburukkan Pak Lah jelas pemilik Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd (sekarang).

Dalam hal pemilikan dan pembiayaan pula, memang benar pemilik asal dan sekarang Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd adalah Ahli PAS tetapi pemilikan itu adalah bersifat peribadi dan ianya tidak melibatkan kepentingan parti. ramai Ahli PAS yang mampu, berniaga dan masing-masing berniaga atas minat dan kepercayaan masing-masing.

Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dibuka oleh 2 pemilik asalnya dulu atas kapasiti peribadi dan bukannya atas kepentingan parti. saya ambil alih Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd juga atas kapasiti saya sendiri dan bukannya atas nama parti PAS. jadi apa masalahnya..? jelas Rosul.

Kesemua penyumbang-penyumbang dan juga pembiaya operasi Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd juga melabur. mereka tertarik dengan program-program yang dijalankan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dan mereka berminat untuk melabur. jadi semuanya tidak ada kena mengena dengan Parti atau Kerajaan Negeri. personal.

Kalau korang ada duit, korang berhak melabur dekat mana korang suka asalkan ianya halal. tak kan sebabkan korang Ahli PAS korang tak boleh melabur tak boleh meniaga..? susah beb kalau macam tu. kena masuk UMNO la ikut geng-geng UG...

Ustaz Nasa berniaga, Hasan Ali berniaga, Takiyudin berniaga, Nik Abduh berniaga sampai ke KL, Misbahul Munir berniaga jadi apa masalahnya..?

Yang ni jadi isu sebab Blogger Kickdefella timbulkan. tak tau sebab apa tiba-tiba lepas beliau dedahkan hal RM4 juta, semua Ahli PAS jadi "Haram" berniaga. yang Blogger Kickdefella ni pulak 1 hal. hang Consultant dekat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd, bila tak de modal hang carik pemodal. dapat modal, hang buat meniaga ,sampai masa - untung hang tibai, pemodal hang gigit.

Ni bukan perangai biawak. aku tak tau nak cakap apa.

Yang kita nak kena paham betul-betul dekat atas tu ialah -

1. Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd tidak ada kena mengena dengan Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan.

2. Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan juga tidak pernah membiayai atau mengeluarkan dana kepada Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd. apa yang dibayar hanyalah untuk perkhidmatan yang diberikan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd kepada Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan.

3. Mana-mana individu yang melabur atau membiayai operasi Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd hanyalah atas dasar "personal" dan bukannya atas nama Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan.

Pimpinan PAS sendiri pun tak jelas pasal hal ni. kalau tak, tak kan Ustaz Idris Ahmad boleh tulis artikel "kelakar" macam ni dalam Blog dia..?

Bikin malu Parti PAS je... hang tu Ketua Penerangan PAS Pusat. lain kali dapatkan maklumat yang tepat dulu baru la tulis dalam Blog... ni dengan tak de maklumat, dengan tak de fakta main bantai je Blogger Kickdefella.

Disebabkan tak de "maklumat", maka "lumat" la Ketua Penerangan PAS kena bantai dekat Blogger Kickdefella balik...

Macam ni ke "Kreadibiliti" dan "Kualiti" KETUA PENERANGAN PAS PUSAT..? patut la ramai Ahli PAS bengap... dah jadi kerja aku pulak yang tak de kena mengena dengan Parti PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan pulak buat research dan penerangan...

Aperla punya tuuurrr...!!!

3 comments

  1. Unknown // May 4, 2010 at 8:09 AM  

    Ini perkara kecik aje. BN/UMNO gunakan jentera kerajaan e.g. RTM, Jabatan-Jabatan Kerajaan lain dan juga agensi media swasta TV3 untuk menjatuhkan musuh mereka iaitu Pakatan Rakyat. Ini lagi busuk dan keji kerana mereka gunakan wang rakyat seperti duit depa sendiri

  2. Anonymous // May 4, 2010 at 8:32 AM  

    kah kah kah
    Jangan sombong nanti taik naik ke muka. Kenapa tak semena-mena kau hentam dris Ahmad pula.
    Siapa idris Ahmad, ketua penerangan Pas, sepatutnya kau mesti maklum kepada parti bila membuat satu-satu keputusan. Kau ingat PAS bapak kau punya.
    Kenapa kau pandai-pandai bawa hantu raya UMNO masuk kerja dalam kelambu tok guru, gila apa?.
    Apa peranan sebenar kick diberi ruang, 1- Untuk mempertahankan kelantan. 2- Untuk menguatkan seseorang yang bercita-cita nak jadi MB baru.

  3. Anonymous // May 4, 2010 at 9:08 AM  

    Terima kasih banyak. walaupun pedas telinga saya bila saudara menegur mengenai sikap ahli, saya terima teguran itu sebagai teguran untuk kebaikan sesama Islam. Ya.. saya akui ada sebahagian ahli Pas dan pemimpinnya terus mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa. Ini sepatutnya tidak berlaku pada kumpulan yang memperjuangkan Islam. Terima kasih sekali lagi. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. ALLAHU AKBARRR! - imam