“Janganlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati tak makan kerana ahli tidak nampak keperluan kerajaan untuk melantik bekas Ketua AMK itu sebagai Senator,”
Pendapat aku pula perlantikan Ezam sebagai Senator lebih kepada penghargaan Najib buat Ezam yang telah berjasa kepada Najib dalam menentang Anwar dan tidak lebih dari itu..
Politik Ezam hanyalah berkisar tentang keburukkan DS Anwar Ibrahim dan juga kotak-kotak yang entahkan wujud entahkan tidak..
Dan perlantikan Ezam sebagai Senator oleh Najib membuktikan UMNO kini semakin ketandusan pemimpin yang berkaliber dan boleh diketengahkan hingga terpaksa mengutip dan membawa masuk bekas-bekas pemimpin PKR yang telah keluar Parti.
Dan Najib juga telah membuktikan didalam PKR ramai pemimpin muda yang berwibawa yang boleh diketengahkan...
Pemuda UMNO Kepong Bantah Perlantikan Ezam Sebagai Senator
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepong mahu pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohd Ezam Mohd Nor sebagai Senator dikaji semula.
Ketuanya, Norizan Ali (gambar) berkata pemberian jawatan Senator kepada Ezam dilihat sebagai tidak adil dan dan seolah-olah memperkecilkan kebolehan pemimpin yang sejak sekian lama berjuang untuk UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menurut beliau, pelantikan Ezam itu juga dilihat tidak wajar sama sekali kerana individu itu pernah berpaling tadah terhadap kerajaan sebelum ini.
“Mengapa orang yang cukup banyak memburukkan kerajaan boleh diberi tempat yang cukup istimewa sedang ramai lagi yang bermati-matian berjuang untuk parti tidak langsung diangkat?” katanya.
Menurut Norizan, jika begitulah realitinya maka selepas ramai ini yang akan keluar UMNO kemudian masuk ke dalam parti semula dan jasanya individu seperti itu akan lebih dikenang.
“Orang-orang yang pernah bersekongkol dengan parti pembangkang dan kuat menentang kerajaan tidak perlu diberi tempat dan keistimewaan,” katanya.
Menurutnya, ini cukup mengambarkan bahawa ketidak adilan telah berlaku malah menimbulkan ketidakpuasan hati dan perasaan kecewa dikalangan pemimpin dan ahli UMNO yang lain.
“Janganlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati tak makan kerana ahli tidak nampak keperluan kerajaan untuk melantik bekas Ketua AMK itu sebagai Senator,” katanya.
Sinar Harian
jangan marah yob. mikeme tak buat keroje dia terok kena keroje,bukan senang nak kerobek kotak. kalo nak ikutkan YB SRI GADING DAH PATUT JADI SEKURANG-KURANGNYA TIM. MENTERI tapi memang tepat mike kate,"BEROK-BEROK YANG MELOMPAT-LOMPAT DISUSUKAN VETERAN UMNO BULOR TAK DAPAT APA". dulu kini selamanya UMNO tak tau menilai yang mana kaca yang mana intan. YB JELEBU dah bakar jambatan tapi la ni......bukan main lagi dia. dulu apa yang dia tak kata kat hangpa? PEMUDA KEPONG DAH TERKEPONG DAN MELOPONG. berapa ramai yg lompat dapat keistemewaan
dpt duit, dpt pegi USA, dpt senator dan macam-macam lagi najibrosmah bagi kat depa.1 AMNO katak didulukan hangpa dok sengeh lagu tu la. KESIAN KAT HANGPA JADI AMNO DAH LAMA TAPI ORANG LAIN YANG 'bergaya'. ha ha ha uhuk
uhuk uhuuuukkkkkk.
hahaha,, hanye mampu tersengih :P