Setelah UMNO dan BN gagal dalam segala perancangan mereka terutamanya membawa PAS dan UMNO dalam kerajaan Perpaduang, maka usaha terakhir adalah membeli wakil-wakil rakyat serta kepimpinan PKR.
Pembelian ini adalah pembelian yang dilakukan dengan wang rakyat dan Raja Petra telah mendedahkan pembelian juga dilakukan dengan duit judi.
Saya ada maklumat dari dalaman UMNO. Sememangnya usaha membeli pimpinan serta wakil-wakil rakyat PKR adalah sebahagian dari perancangan mereka untuk melemahkan Pakatan Rakyat.
Mereka tahu mereka tidak boleh berdepan dengan PKR dengan cara “gentlemen”, mereka akan jatuh terkulai. Hatta di Hulu Selangor sekalipun, di kawasan kubu kuat mereka, BN hanya menang tipis 1,725 undi. Apatah lagi kalau berlaku pilihanraya di kawasan bukan kubu kuat BN?
Maka, saya menyeru kepada semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, supaya kita berdoa dalam solat kita supaya Allah SWT melaknat usaha UMNO dan Barisan Nasional membeli wakil-wakil rakyat serta pemimpin-pemimpin PKR.
Tolong sebut “AMINNN” selepas membaca tulisan saya ini. Kita tak boleh lawan duit Barisan Nasional dan duit judi yang mereka pegang itu. Yang boleh lawan mereka hanya Allah SWT. Kita telah berusaha, maka tiba masanya kita berserah dengan Allah SWT.
Saya sendiri meminta kawan saya supaya berdoa depan Kaabah supaya usaha ini dilaknat Allah SWT seperti Allah SWT melaknat kaum Hud dan Tsamud. Biar mereka yang melompat ini hidup mereka sentiasa sial dan penuh bala sehingga mereka menghembus nafas terakhir mereka.
MELAYU MEMANG MUDAH DIBELI KERANA MATA DUITAN
Bagi saya, jangan dipersalahkan Anwar Ibrahim dalam isu ini. Sememangnya orang MElayu adalah bangsa yang lemah dan boleh kena beli.
Saya pernah menulis artikel berkenaan bagaimana orang Melayu semakin pupus di Riau. (Artikel bertajuk “Bangsa Melayu Sepatutnya Sudah Pupus Lama”)Kalau kita ke Batam atau mana-mana kepulauan Riau sekarang ini, susah hendak berjumpa orang yang bercakap macam kita.
Berbeza dengan Bangsa Acheh yang sanggup mati mempertahankan cara hidup mereka, orang Melayu di Riau dengan mudah membiarkan diri mereka dihapuskan. Lagi 10 tahun, saya yakin tiada siapa yang boleh berbahasa Melayu di Riau.
Bayangkan di bawah UMNO sendiri:a. Singapura diserahkan pada Lee Kuan Yew dengan sebegitu mudah
Jadi, UMNO tahu perangai orang Melayu. Mereka mudah dibeli. UMNO sendiri ditubuhkan atas bantuan British. Dan selama 60 tahun orang Melayu telah dipimpin oleh merkea yang mudah dibeli. Secara otomatik, perangai mudah dibeli ini sudah menjadi darah daging orang Melayu kecuali sedikit.
b. Kerusi KM Penang diserahkan pada bukan Melayu oleh UMNO bukan parti lain
c. PERKASA yang konon berjuang Melayu berkempen di Hulu Selangor memenangkan calon bukan Melayu
d. Selepas 40 tahun DEB, orang Melayu masih ketinggalan dari segi ekonomi.
e. Ramai orang Melayu terpaksa merantau untuk mencari makan.
f. Majoriti orang miskin masih orang Melayu walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka
g. Yang terbaru, UMNO boleh serah minyak kepunyaan Malaysia kepada Brunei. Apa punya kerja UMNO ni asyik gadai negara kepada orang lain?
h. UMNO Singapura pun tak mampu memperjuangkan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Singpura Artikel 162. Yang UMNO Singapura hebat adalah bergaduh dan bertumbuk sama sendiri merebut jawatan dalam PKMS. (Sila rujuk di sini)
PELACUR POLITIK DIGUNAKAN UNTUK MENJAYAKAN PERANCANGAN MEMBELI WAKIL RAKYAT
Maka digunalah orang-orang picisan macam Ezam Soros dan geng-geng beliau untuk menggunakan hubungan pribadi mereka untuk “membeli” beberapa pimpinan serta wakil-wakil rakyat PKR. Termasuk juga anak bekas wakil rakyat PAS Parit 1969 yang dipecat PAS kerana berjoget di Parlimen. Mamat Salehudin ni pun nak jadi broker untuk membeli wakil-wakil rakyat PKR.
Dr Halili Rahmat yang melompat tu adalah kawan baik Anak Hashim Gera yang berjoget ni. Tak heranlah, kalau dia ni perangai macam ni. Sememangnya dah jadi sebahagian dari keturunan beliau buat benda tidak bermaruah.
Ada pulak Zul Noordin yang kuat menentang Khalid Samad dalam isu Kalimah Allah. Tapi, bila Najib berselingkuh dengan Yahudi APCO, sampai hari ni Zul Noordin senyap membisu. Saya ada maklumat Zul Noordin adalah antara yang mula-mula terlibat dalam usaha menubuhkan kerajaang perpaduang dengan UMNO sejurus keputusan pilihanraya 2008.
Sepatutnya kerusi Kulim Bandar Baharu itu diisytihar kosong kerana Zul Noordin telah menipu dalam laporan kewangan beliau kepada SPR. Namun SPR, sebagai biro UMNO, melepaskan Zul Noordin kerana Zul Noordin adalah barua UMNO dalam Pakatan Rakyat.
Apa kao nak cakap Zul, pasal APCO ni. Apasal senyap sunyi. BAgi saya, Zul ni adalah seorang Munafik. Perangai menipu dan membohong beliau sepatutnya menjadi tauladan kepada kita semua untuk dihindari. Bagi saya, Zul Noordin masih ahli UMNO Bukit Bintang dan kekal sebagai ahli UMNO Bukit Bintang.
Yang lagi kelakar, Ezam Soros cuba nafi beliau berjumpa Soros. Ia tidak perlu berjumpa Soros untuk mendapat duit Soros. Apa yang dikatakan Raja Petra adalah Ezam Soros menerima duit dari Soros bukan berjumpa Soros. Ezam setakat ini TIDAK MENAFIKAN MAKLUMAT INI.
Tapi, Ezam cuba spin dan mengelat. Dia nafi benda orang tak tuduh. Akhirnya, UMNO telah melantik seorang Pelacur Politik Kelas Satu menjadi Ahli Dewan Negara.
HARUS TERUS BERDOA MENGAGALKAN PERANCANGAN JAHAT UMNO/BN
Maka, saya menyeru kepada semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, supaya kita berdoa dalam solat kita supaya Allah SWT melaknat usaha UMNO dan Barisan Nasional membeli wakil-wakil rakyat serta pemimpin-pemimpin PKR.
Tolong sebut “AMINNN” selepas membaca tulisan saya ini. Kita tak boleh lawan duit Barisan Nasional dan duit judi yang mereka pegang itu. Yang boleh lawan mereka hanya Allah SWT. Kita telah berusaha, maka tiba masanya kita berserah dengan Allah SWT.
Saya sendiri meminta kawan saya supaya berdoa depan Kaabah supaya usaha ini dilaknat Allah SWT seperti Allah SWT melaknat kaum Hud dan Tsamud. Biar mereka yang melompat ini hidup mereka sentiasa sial dan penuh bala sehingga mereka menghembus nafas terakhir mereka.
Kalau UMNO terus memimpin orang Melayu, maka satu masa nanti anak cucu kita akan mewarisi perangai mudah dibeli dan akhirnya agama kita pun akan dijual kelak.
Malahan kita patut bersyukur sekumpulan Ulama di Kelab Sultan Sulaiman telah bertindak keluar dari UMNO dan menubuhkan PAS. Kalau PAS tiada semenjak Merdeka dahulu, agaknya habis semua orang Melayu dah jadi Kristian atau kembali pada Buddha.
Tulang Besi
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment