oleh : shalehudin
Rakyat sekarang bukan bodo untuk senang senang orang perkuda. Rakyat la ni dah banyak cerdik dah dan tak mudah untuk dibangangkan mudah mudah. Surat habaq tak boleh nak perkonon yang bukan bukan. Bab ni yang Utusan ghaplah ni, depa akan jadi seperti tukang karut tanpa audien.

Aku dah bertahun tak baca Utusan ni. Kali terakhir aku baca 4 tahun setengah yang lalu bila entah macamana malang tercapai Utusan pi buat lapik dok masa dengaq ceramah Bang Mat Sabu dari PAS. Tu pun aku terbaca kisah tolong promot tetek artis. Salah satu sumbangan Utusan yang diperakui sejak dulu sebagai penyebar fikiran rakyat.
Aku terbaca penulis pojok depa yang terkenal sesangat tu iaitu, Awang Selamat disini dalam tajuk Utusan sasaran Anwar. Yang aku nak tanya ni, Utusan sasaran Anwar ka atau Anwar sasaran Utusan. Utusan lebih memerlukan cerita sensasi Anwar nak bagi laku jualan ka atau Anwar lebih memerlukan Utusan untuk tolong sensasikan kes liwat dia. Akai ada ka?
Utusan dan akhbar penjilat yang lain tentu suka, boh tajuk panas panas tentu laris jualan. Spin berita bagi sensasi tentu lebih popular... kan.. kan..
Anwar menerusi portal berita pro-pembangkang melabelkan Utusan sebagai biadap, kotor dan jijik. Mengapa Anwar begitu sensitif kepada Utusan? Laporan akhbar Cina hampir sama dengan Utusan termasuk penyiaran gambar katil tetapi yang tetap menjadi sasaran adalah Utusan.
Pasai hangpa mendahului mahkamah. Laporan hangpa berniat jahat. Muhasabah lah diri, tetliti kembali laporan hangpa, hangpa telah menghukum mendahului mahkamah. Berita tetap berita tetapi, acapkali menjadi fitnah. Takut nanti jadi penyebar fitnah rakyat.

Kali ini, usaha Anwar mengheret rakyat dalam isu moralnya dengan membakar sentimen awam, tidak berhasil. Hanya puluhan sahaja penyokongnya hadir. Malah cubaan untuk mengadakan demonstrasi selepas sembahyang Jumaat, juga gagal kerana orang ramai tidak mahu terjebak.
Sentimen rakyat terbakar bukan dibakar. Rakyat memandang suatu ketidakadilan berlaku, sesuatu perlu dilakukan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati ramai ini. Keadilan diperjuangkan untuk semua dan bukan kerana susuk itu bernama Anwar. Tanpa mengira siapa, setiap kita perlu dilayan dengan keadilan semaksima mungkin. Apakah Awang sudah lupa, orang ramai juga ada membicarakan ketidakadilan dalam pengurusan Utusan pun sebelum ini.

0 comments
Post a Comment