http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Nizar atau Zambry sebagai MB Perak Selasa ini?

Posted by Love Perak | Sunday, February 07, 2010 | 0 comments »

23 Safar 1431H.


Segala Teka-teki dan khabar angin siapakah yang menerajui Perak, akan terjawab apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya Selasa ini.

Pada hari tersebut, panel lima hakim, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, akan mengumumkan keputusan mereka sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) kekal sebagai Menteri Besar atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pakatan Rakyat adalah MB Perak yang sah.

Penghakiman itu juga akan merungkai isu perlembagaan sama ada ketua negeri boleh membuat pertimbangan dengan mengatasi undang-undang sedia ada, dalam menentukan sama ada ketua kerajaan telah hilang kepercayaan daripada majoriti wakil-wakil yang dipilih.

Selain Alauddin, panel hakim berkenaan dianggotai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Ini merupakan rayuan peringkat terakhir bagi Mohammad Nizar dalam cubaannya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar Perak.Selain itu inilah detik penting kepada MB Kudeta Perak samaada mahkamah akan mengesahkan jawatan nya atau ia akan dinafikan dan bercanggah dengan perlembagaan.

Bagaimanapun, pihak yang kalah dalam sesuatu kes mahkamah, boleh memohon Mahkamah Persekutuan menyemak semula penghakimannya mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan bagi mencabarnya berdasarkan hujah daripada sudut perlembagaan.

Panel hakim itu telah menangguhkan penghakimannya pada 5 November tahun lepas setelah selesai mendengar hujah para peguam yang mewakili Dr Zambry dan Mohammad Nizar dalam kes berkenaan.

Konflik tentang siapakah yang sebenarnya berhak menjadi Menteri Besar Perak, timbul tahun lepas apabila tiga wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat telah dibeli oleh BN dengan nilai jutaan ringgit dan mereka berjaya ditarik untuk meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas dan menyebabkan kedua-dua pihak mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28, dalam Dewan Undangan Negeri Perak yang mempunyai 59kerusi.

Kerana itulah apa yang berlaku di Perak bukannya peralihan kuasa seperti yang digemar gembur oleh media BN, tetapi sebenarnya adalah rampasan kuasa yang rapi dan terancang demi mengembalikan kuasa yang diterima secara mandat yang sah pada pilihanraya ke 12 pada 8 Mac 2008.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), yang meninggalkan PKR pada 30 Jan dan mengisytiharkan diri sebagai anggota Bebas yang menyokong BN. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP mengikut jejak mereka empat hari kemudian.

Selain itu kemelut bertambah rumit apabila SPR melakukan sesuatu diluar bidang tugasnya bila badan itu menafikan makluman Speaker V. Sivakumar mengenai kekeosongan 3 kerusi tersebut setelah dia menerima surat perletakan jawatan dari ADUN terbabit.

Berikutan perkembangan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar, iaitu anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang, supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan menitahkan Dr Zambry mengangkat sumpah menduduki kerusi itu pada Februari tahun lepas setelah mengisytiharkan bahawa BN mempunyai majoriti dalam dewan undangan negeri itu.

Pada 13 Februari tahun lepas, Mohammad Nizar, 52, mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Dr Zambry daripada menunaikan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada 11 Mei Mei tahun lepas, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan.

Demikianlah bercelarunya politik di Perak akibat kerakusan dan sikap gila kuasa BN yang melakukan kudeta setelah kalah dalam PRU ke 12. Apapun kuasa rakyat adalah kuasa keramat dan kemelut ini perlu diselesaikan oleh mereka dengan memeberi peluang untuk rakyat memilih sekali lagi.

Bubarkan DUN Perak.

0 comments