http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Saiful Mengaku Dalam Mahkamah Tak Berak 2 Hari kah kah kah

Posted by Love Perak | Friday, February 05, 2010 | 0 comments »

Saiful tidak buang air besar dua hari selepas diliwat

KUALA LUMPUR - Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Anwar yang dituduh meliwatnya, Mohd Saiful berkata seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan - Sinar Harian

0 comments