Kes liwat 2 yang melibatkan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual bermula pagi ini ditunda ke pukul 2.30 petang.
Penundaan itu dibuat sementara menunggu arahan dari Mahkamah Persekutuan selepas permohonan difailkan oleh Peguam Karpal Singh, supaya semakan dibuat ke atas keputusan mahkamah minggu lepas yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tambahan bagi membantunya mempertahankan diri terhadap tuduhan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di sebuah kondominium setahun lalu.
Anwar dilihat keluar dari bangunan mahkamah jam 10.15 pagi tadi dengan disambut laungan REFORMASI oleh para penyokongnya.
Tepat jam 9 pagi tadi, Anwar telah melangkah masuk ke Mahkamah Jenayah 3 ditemani oleh isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan adik-adiknya Nurul Hana & Nurul Iman.
Turut hadir memberikan sokongan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Datuk Chua Jui Meng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, exco selangor, Elizabeth Wong, Senator Dr Syed Hussin Ali dan Setiusaha agong PKR, Saifudddin Nasution.
Selain itu, turut hadir memberikan sokongan ialah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dalam keadaan sebak ditemani oleh beberapa duta asing dari Sweden dan US.
Sementara itu tiga trak anggota polis mula berkawal di perkarangan dan di dalam mahkamah seawal jam 7 pagi.
Kawalan ketat dan pemeriksaan dilakukan sebelum dibenarkan masuk ke Mahkamah Jenayah 3.
Sementara itu Tian Chua hampir ditahan oleh pihak polis kerana enggan menurunkan banner yang tertera “Fitnah Kedua”. Tian Chua menyatakan kepada polis berkenaan, “kamu boleh rampas banner, tapi pihak CNN sedang perhatikan apa yang kamu lakukan.”
Sementara itu terdapat jeritan “tangkap Saiful, tangkap saiful, bawa masuk ke tandas,” diiringi senyum tawa para penyokong Anwar.
0 comments
Post a Comment