http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com



Oleh: Pria Malaya

Ternyata bangkai gajah tidak dapat ditutup hanya dengan timbunan daun kering..kebusukannya pasti juga teserlah..Umno dan Najib kini berhadapan dengan keadaan yg cukup genting..hakikat ini tentunya tidak dirasai oleh Umno luar Hulu Selangor, tetap bahang dan kepanasannya dirasai oleh kepimpinan dan ahli/penyokong Umno Hulu Selangor sendiri...

Mereka menuntut supaya calon melayu dari Umno untuk bertanding..mereka sanggup menghantar memorandum kepada Najib demi mempertaruhkan seorang calon berbangsa Melayu sebagai ayam sabung mereka menentang calon Melayu dari parti PR..bahkan lebih dari itu, mereka mengugut akan memboikot PRK kali ini jika tuntutan mereka tidak diendahkan..

Persoalan kini, apakah Najib lebih mengutamakan pandangan dari penduduk Hulu Selangor sendiri, atau hanya mengambilkira pandangan dan suara dari pihak luar Hulu Selangor..sama2 kita saksikan babak seterusnya...

Ikuti pengakuan khas mengenai kemelut dalaman Umno/BN ini oleh seorang blogger Umno (csimelayu.blogspot.com) yang melaporkan langsung dari Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, yang kemudiannya disahkan oleh seorang blogger fanatik Umno, House PK...wallahua'lam..



SPY LEMAN MELAPORKAN DARI HULU SELANGOR! PANAS DAN MEMBARA!

Dua tiga hari ni spy asyik meninjau kawasan di P094 Hulu Selangor. Bukannya apa, cuma nak menikmati keadaan disitu sebab selepas ni pasti sesak dan padat akibat dari pilihanraya kecil yang bakal berlangsung.


Dalam pada spy meronda, terdengar juga kekalutan di kem Barisan Nasional sendiri tentang calon yang bakal mereka pertaruhkan disitu. Walaupun Najib dah memberikan petunjuk bahawa calon dari MIC yang bakal dipertandingkan, namun masih ada lagi Ketua-ketua cawangan UMNO di Selangor yang tak berpuas hati.

Mengikut tafsiran mereka, hanya calon UMNO sahaja yang boleh menang di kawasan Hulu Selangor. Mungkin puak-puak ni dah menilik kat bomoh siam kot sampaikan begitu konfiden sekali bahawa hanya calon UMNO sahaja yang layak menang.

Kadang-kadang, spy heran sungguh dengan perangai segelintir orang UMNO ni. Ada sesetengahnya emosi mereka mengalahkan perempuan yang dah menopous. Dan ada pulak yang perangai mengalahkan budak-budak kecik berumur 6 tahun.

Spy kata macam tu sebab, spy dikhabarkan tadi, ada pemimpin-pemimpin UMNO di Selangor ni sanggup nak boikot pilihanraya di Hulu Selangor hanya semata-mata kerana Najib tak mahu menurut kehendak mereka supaya diletakkan calon UMNO.

Apa cerita ni bai..? Macam mana lu orang jadi pemimpin bahagian dan cawangan? Lu orang ingat Najib buat keputusan bagi MIC bertanding di Hulu Selangor tu ikut sedap hati dia saja ke?

Kalau dah sampai nak buat memorandum dan juga ugut nak boikot hanya semata-mata mahu kehendak korang dipenuhi, tak ke bodoh namanya tu? Baik korang pakat-pakat letak jawatan macam si Ketua Wanita MCA tu.

Kalau si Mei Fun yang pompuan tu pun boleh letak jawatan kerana mempertahankan prinsip dia, korang tu yang jantan patut malu kerana korang sanggup "menderhaka" kepada pemimpin tertinggi. Berani ke korang letak jawatan andaikata Najib letak juga calon MIC disitu?

Pemimpin-pemimpin UMNO di Selangor ni ingat dorang ni masih memerintah lagi ke? Sedar tak yang dorang ni dah jadi PEMBANGKANG di negeri tu? Ehhh..., korang tu dah bukan tuan di negeri Selangor tau tak? Negeri korang tu dah tergadai kepada Pakatan Rakyat tau. Jangan korang buat-buat lupa pulak ye.

Spy nak tanya disini, kalaulah diletakkan calon UMNO di Hulu Selangor dan ditakdirkan KALAH, mana puak-puak yang mendesak nak sangat calon UMNO kononnya kehendak akar umbi ni nak letak muka? Sepatutnya semua kepimpinan UMNO di Selangor patut memikirkan bagaimana nak menang, bukannya sibuk berebut siapa yang patut jadi calon.

Jangan fikir Najib dan juga semua pemikirnya tu buta dan tuli dengan kehendak masyarakat setempat di Hulu Selangor. Bagaimana pulak kalau ditakdirkan andai calon MIC yang dipertaruhkan nanti beroleh kemenangan dipihak Barisan Nasional? Mana korang nak sorokkan "kemaluan" korang bai...?

Semua harus ingat, Selangor adalah negeri yang dikuasai pembangkang. Kerusi Hulu Selangor juga adalah milik pembangkang sebelum ini. Jadi kalau kalah pun tak menjadi masalah dan menang pun tak akan mengubah senario politik negeri Selangor. Barisan Nasional tetap menjadi PEMBANGKANG di negeri itu.

Apa susahnya, jikalah calon dari MIC kalah, PRU13 ada point yang cukup kuat untuk dicalonkan wakil dari UMNO pula.

Jika MIC menang kali ini, bermakna konsep persefahaman didalam parti Barisan Nasional akan lebih utuh dan persepsi masyarakat india di seluruh negara terhadap MIC serta permuafakatan yang ditunjukkan didalam Barisan Nasional akan kembali diyakini.

Itu saja bai..., tak perlu la kecoh-kecoh sedangkan kerjanya belum tentu dibuat atau tidak. Sedangkan puak-puak PR dan mula buat kerja tau. Anwar pun dah mula sumbangkan "wang ehsan" di Hulu Selangor. Puak-puak UMNO ni sedar ke tak?

Satu sahaja nasihat spy kepada kepimpinan dan juga pendukung wadah UMNO di negeri Selangor, berilah sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib.

Pada pandangan peribadi spy, Najib bukanlah seperti Tun Lah. Corak politik dan juga percaturan Najib adalah 10 kali lebih baik dari cara yang diamalkan di zaman Tun Lah. Dan barisan pemikir yang berada di belakang setiap keputusan PM kita ini juga bukan calang-calang individu.

Jadi marilah kita sama-sama bina kembali apa yang telah hilang didalam UMNO/Barisan Nasional pada PRU12 lalu. Kekuatan dan semangat perpaduan yang runtuh sewaktu zaman gelap Tun Lah dan menantunya patut kita gilap semula demi menjulang kembali maruah UMNO dan juga Barisan Nasional.

Takkanlah kita sanggup selama-lamanya berada dibawah belenggu pemerintahan kafir DAP, sosialis PKR dan munafiqun ulamak politik PAS. Dan yang paling teruk, takkanlah kita sanggup ber PM kan Anwar Ibrahim si penggemar lelaki tu?

Walaupun dah jadi lumrah manusia itu akan berbeza pendapat dan pandangan, namun spy harap kita boleh lupakan sekejap mengenai perbezaan pendapat kita demi untuk mencapai matlamat yang sama.

UMNO dan Barisan Nasional perlu kembali kuat untuk kesejahteraan rakyat dan juga kemakmuran negara.

Kalau kita asyik bercakaran waima soal calon pilihanraya kecil pun kita masih nak bertegang leher sampai tak ingat dunia, alamatnya terkuburlah kita bersama ego serta keangkuhan kita yang tak sehebat manapun nanti.

Spy harap, pemimpin serta pendokong parti UMNO di Selangor jangan menjadi seperti Pak Kaduk.

Yang menang hanyalah sorak sedangkan kampung sendiri habis tergadai.

Sedar atau tak yang pasti puak-puak di kem Pakatan Rakyat sedang bersorak melihat kamu semua meroyan bercakaran sesama sendiri.

Dengan izin..., Please grow up and behave like a real matured man !

0 comments