http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Doa Samy Vellu dimakbul Tuhan...hahaha

Posted by Love Perak | Wednesday, April 07, 2010 | 1 comments »

Tak lama lagi rakyat akan sekali lagi dijulang bagai raja pada PRK Parlimen Hulu Selangor yang kian mendekat. SPR telah menetapkan 17 April ini sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 25 April sekiranya ada pertandingan.

Bagi BN, Hulu Selangor secara tradisinya diwakili oleh MIC. Tapi bukanlah rahsia Umno Selangor begitu bersungguh hendakkan Mat Taib yang berbangsa Umno sebagai calon mewakili BN walaupun dilihat sebagai tiada semangat setiakawan. Ada orang kata, tikam kawan adalah perkara biasa dalam politik, tapi aku berpendapat kelaku tikam kawan bukan saja biasa malah dah jadi tradisi dalam BN. Kalau sapa yang tak amalkan semangat menikam kawan dalam Umno, maka dia tu serupa ngan tak sah sebagai ahli Umno.

Semua orang tau, tujuan Muhyiddin dan diikuti oleh Najib yang tetiba buat rombongan ke Hulu Selangor adalah semata mata memujuk Umno Hulu Selangor dengan projek supaya menerima calon MIC dalam PRK ini. Umno Selangor pulak sedar, inilah peluang mereka menekan Najib supaya kantung duit akan bocor bertaburan.

Upacara menarik tali ni kelihatan bagai telah disimpulkan bila Muhyiddin buat kenyataan di Kelantan bahawa MIC bakal diletakkan di Hulu Selangor. Tapi Umno Selangor bagai mengharap keputusan ini bakal di pintas oleh Najib bagi mengabulkan permintaan Umno Selangor. Tapi ternyata, doa Samy Vellu dikabulkan Tuhan. Hari ini Najib telah mengistiharkan kerusi Hulu Selangor selamat dalam dakapan MIC walaupun calon masih dirahsiakan sehinggalah 15 April nanti.

Nak buat macamana, takdir Tuhan jua untuk rakyat melihatkan mata Umno Selangor yang putih melepak tu... hihi...

shalehudin...

1 comments

  1. Loyar Baru // April 7, 2010 at 10:38 PM  

    Dei macha , gua ingat lu sudah pencen bila kalah di Sungai siput . Rupanya lu masih mahu main politik lagi . Aparaaaaa macha !