http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Dosa Anwar takkan dimaafkan

Posted by Love Perak | Sunday, April 11, 2010 | 1 comments »

oleh : shalehudin

Malu sakan Najib. Apa agaknya yang Najib nak kelentong nanti bila ada soalan soalan maut dari wartawan yang beratus kali lebih lasernya dari wartawan tempatan kita yang telah digari mulut. Apa pulak yang akan diceritakan Najib bila berhadapan soalan kawan kawan omputihnya bila terpacul soalan soalan nakal berkenaan kes liwat 2 Anwar nanti yer...


Detikdaily melaporkan disini, ahli parlimen dari 145 buah negara telah mendesak kerajaan malaysia menggugurkan tudukan liwat siri 2 terhadap Anwar. Mereka juga melahirkan rasa kebimbangan yang sangat serius terhadap penglibatan pihak yang sama dalam siri 1 dan 2, iaitu pihak pendakwa kes liwat siri 1, yang kini adalah peguam negara.

Penafian hak Anwar untuk mendapatkan dokumen pihak pendakwa menimbulkan rasa keraguan kepada mereka apakah akan ada satu pihak yang akan merekacipta bukti pendakwaan. Mereka juga merasa hairan dengan dua laporan perubatan yang tidak menyatakan ada tusukan secara jelas namun perbicaraan tetap diteruskan. Oleh itu pihak ahli ahli parlimen tersebut akan cuba menghantar pihak pemerhati dan pemantau ketika perbicaraan di mahkamah berjalan nanti.

Memang memalukan Najib, persidangan ahli parlimen yang ke 122 itu sebenarnya beragenda besar dalam membincangkan masalah penyeludupan dadah dan senjata seluruh dunia, pemerdagangan manusia dan hak asasi manusia, bencana besar Chile dan Haiti, namun menyelitsama isu kes liwat 2 terhadap Anwar. Seolah olah ianya satu contoh pencerobohan hak asasi manusia berlaku di malaysia.

Malu kerana dalam keadaan dunia sibuk berbincang tentang masalah kemunduran di negara sedang membangun tetapi mereka terpaksa campur tangan dalam isu di negara Malaysia. Nyata dosa Anwar menjatuhkan maruah Najib dan ahli kabinetnya teramat besar dan tak dapat diampunkan. Anwar harus didiamkan secepat mungkin. Pengaruhnya harus dipadamkan secepat mungkin dan dicalar semahunya sebelum dibelenggu segala percakapan dan pegerakannya walau apa sekalipun caranya.

1 comments

  1. Putra IJ80 // April 11, 2010 at 10:57 PM  

    Punca kesilapan nya kerana orang kita terlalu mendewa dewakan ketua,pemimpin,atau pihak atasan yang teratas.

    Kita sudah di tanam budaya sedemikian,sejak pemerintahan Raja Raja dulu bila kata raja adalah kata putus.

    Di sulam pula dgn kedatangan Islam yang menekan kita seharusnya mentaati Pemimpin.,wlaupun huraian selanjut nya yang menyebut Pemimpin yg.macam mana kita harus taati.( tidak di huraiakn secara tepat)

    Maka apa saja yang di lakukan ole Pemimpin orang kita begitu yakin betul dan bertepatan.,tapi tidak di Negeri luar.

    Akirnya ini lah yg.terjadi,mereka buat apa yg.mereka suka.,.

    Tak ramai yg.berani menderhaka,atau bertindak menentang segala kezaliman,kemungkaran,penginayaan di depan mata.

    Kalau ada mereka di hina,di penjara dan di ISA pula.