Siapa yang rabun.. tolong pakai cermin mata.. baca betul-betul. Ini penting.. ini jasa UMNO kepada rakyat, khususnya di Johor.
PEMAJU utama yang ditugaskan bagi membangunkan sebahagian besar wilayah Iskandar Malaysia di Johor akan memberi tumpuan menarik lebih banyak pelaburan dari Singapura tahun ini, bahkan sedang berbincang dengan beberapa daripada mereka.
Iskandar Malaysia merupakan zon ekonomi baru di selatan Johor merangkumi pusat-pusat perniagaan, kewangan, pentadbiran, perumahan, pendidikan, dan resort.
Ia seluas 2,217 kilometer persegi atau tiga kali lebih besar dari saiz Singapura.
Dalam satu temuramah di pejabatnya di Danga Bay, Johor Bahru, baru-baru ini, Cik Arlida berkata IIB juga telah menubuhkan pejabatnya di sini dengan kebanyakan kakitangannya adalah warga Singapura.
Malah, IIM telah pun mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) baru-baru ini untuk memberitahu mereka perkembangan di situ sejak dua tahun lalu.
Mengulas peluang pelaburan di wilayah itu, CEO SBF, Encik Teng Theng Dar, berkata pihaknya melihat banyak peluang perniagaan bagi syarikat dari Singapura.
Menerusi kerjasama rapat dengan Iskandar Investment Berhad, SBF berharap untuk memudahkan Singapura kepada peluang pertumbuhan perniagaan di Iskandar Malaysia, katanya.
Dulu.. Pulau Batu Putih... dah lesap.. diberi percuma kepada Singapura... Singapura tak payah susah-susah untuk luaskan tanah jajahannya. Selagi ada UMNO, selagi itu lah Singapura berkembang maju........ Opp..bukan hanya maju ... tapi semakin luaslah tanah jajahan Singapura.
Tahniah rakyat Johor kerana menyokong Umno dan bermurah hati sedekahkan Warisan Nenek Moyong kalian.
Kerajaan Rakyat
0 comments
Post a Comment