http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kesiannya...Palanivel.

Posted by Love Perak | Saturday, April 10, 2010 | 2 comments »

“Bagi peluang kedua, cuba sekali lagi.”


“Jika tidak berpuas hati, (anda) boleh buang dalam pilihan raya (umum) tahun 2012,” demikian rayu Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel semasa persinggahan keempat beliau di bahagian Parlimen Hulu Selangor, malam tadi.



Kira-kira 9 malam tadi beliau berucap merasmikan Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran Untuk Wanita anjuran Persatuan Penganut Dewa Ying Jun Miao di Bukit Beruntung.



Palanivel juga merayu kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor yang ditemuinya sepanjang semalam agar memberikan peluang kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



“Untuk kerajaan yang kuat, untuk Parlimen yang kuat, undi masyarakat Cina sangat penting... kami memerlukan sokongan masyarakat Cina.



“Masyarakat Cina mesti menyokong MIC, MIC akan menyokong calon MCA, Gerakan.



“Saya rayu kali ini pengundi-pengundi Cina akan menyokong calon MIC,” katanya yang ditemani beberapa pemimpin MIC ketika singgah di Bukit Beruntung.




saya juga merayu..janganla undi palanivel ni...MIC dan MCA dah bungkus...Porn Star Chua Solek jadi Presiden kah kah kah...

2 comments

  1. Prof. Era Pasca // April 10, 2010 at 4:36 PM  

    tgk poll blog aku

  2. Putra IJ80 // April 10, 2010 at 8:08 PM  

    Biarkan die becakap,

    klo tidak sasau jadik nya.

    Silap silap tanjung Rambutan pula tempat nya.