http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

MB Selangor Sindir Najib

Posted by Love Perak | Saturday, April 03, 2010 | 1 comments »

Tan Sri Khalid Ibrahim menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan berkata, beliau tidak harus berkempen di sini jika merasakan pengundi-pengundi kawasan Hulu Selangor sudah hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menteri Besar Selangor membuat teguran ini sebagai menjawab kenyataan Najib, Pengerusi Barisan Nasional (BN) pagi tadi bahawa masyarakat Hulu Selangor sudah hilang keyakinan ekoran perkembangan dalam PKR sejak kebelakangan ini.

(Gambar : Tan Sri Khalid Ibrahim (kiri) berbual dengan Aminah Shafie (tengah) ketika majlis di SKC Bernam)

Ketua PKR Selangor itu menambah, jika begitu keadaannya Najib tidak perlu datang ke sini untuk berkempen dan menghabiskan masanya sehari suntuk di Hulu Selangor.

Semalam timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menghabiskan masa kira-kira tiga jam di sini.

“Jika mereka (pengundi) sudah hilang keyakinan (ke atas kami), jadi mengapa mereka harus datang ke sini?

“Beliau boleh pergi ke mana-mana dan berehat. Beliau berkata mereka sudah hilang kepercayaan tetapi masih datang ke sini untuk menunjukkan muka, beliau harus ke Sabah atau Sarawak dan membantu penduduk miskin di sana atau ke Kelantan... ia adalah tempat di mana pendapatan per kapita adalah rendah,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas sesi bertemu rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bernam di sini petang ini.

Najib berkata beliau mahu rakyat membuat kesimpulan sendiri mengenai situasi politik pembangkang yang kini dilihat semakin sukar mendapat sokongan daripada anggota parti itu sendiri.

Perdana Menteri berkata pembangkang, khususnya PKR kini sering bertelagah sesama sendiri dan pelbagai pendedahan semakin banyak dibuat oleh bekas anggota parti itu, walaupun mereka dikatakan rapat dengan pemimpin parti pembangkang itu.

“Kalaulah orang rapat dengan kita satu demi satu dah hilang kepercayaan dan dah keluar parti, apa kesimpulannya? Kita bukan cakap pasal orang luar, ini orang rapat dengan kita. Apakah mesejnya, apa kesimpulannya?,” katanya ketika berucap melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi.

Najib berkata, antara anggota PKR yang keluar parti bukan calang-calang orang, bahkan merupakan golongan intelektual yang juga rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertahun-tahun lamanya.

Sambil menyifatkan kenyataan Najib sebagai sesuatu yang silap dan tidak logik, Khalid mencabar pentadbiran BN pimpinan Najib supaya terus-menerus menghulurkan bantuan kepada kawasan Hulu Selangor.

“Mengapa tidak? Teruskan. Kami tidak kisah. Jika mereka hendak membina sebuah universiti di sini, kami turut menggalakkan.

“Malah, kerajaan Selangor akan terus membantu menyediakan tanah kepada mereka melakukan ini, kami mahukan sebuah hospital universiti. Mereka boleh mengadakan sebuah hospital universiti ala BN di sini, panggil sebagai Universiti 1Malaysia jika mereka mahukan, selagi mereka berpegang pada janji,” kata Khalid lagi.

Khalid juga memberitahu, kerajaan Selangor bersedia untuk membantu kerajaan persekutuan merangka pelan bagi pembinaan universiti.

Menteri Besar juga menolak pendekatan ofensif yang hendak digunakan untuk memenangi pilihan raya sambil menegaskan PKR dan Pakatan akan menggunakan moto atau pendekatan mudah, “kami berkhidmat untuk rakyat.”

“Mereka juara retorik tetapi tidak boleh berkhidmat. Inilah hakikatnya,” kata beliau sambil menambah, “politik Selangor sudah berubah.”

“Kami menyediakan perkhidmatan terlebih dahulu, kemudian baru kita bercakap,” katanya. - TheMalaysianInsider

1 comments

  1. Anonymous // April 4, 2010 at 1:07 AM  

    Saya sambung lagi mengenail Roslan SMS diserang bertubi-tubi dan akhirnya dia ter"lucut" daripada jawatan Setiausaha Akhbar Presiden PAS. Sampai hari ini jawatan ini masih kosong. Ada orang kata dulunya nak letak Zainulfaqar di situ. Tapi politik sekarang dah berubah, setelah Zainulfaqar ditengking oleh Tok Guru Abdul Hadi dalam telefon kes Kalimah Allah. Apa taknya budak belajar sejarah nak ajar Presiden pasal kalimah Allah. (Mesti Zainulfaqar hairan bagaimana saya ada maklumat ini. Dr Shamsuri ke aku ini??? Anak usrah dr Kayu ke? Paling-paling busuk mesti Ustaz Kholil)

    Oleh kerana jawatan dah terlepas, peribahasa Melayu ada menyebut, alang-alang menyerluk perkasam.. Itu jadi biul tak tentu pasal, serang Presiden, Serang Setiausaha Politik Presiden dan Serang Timbalannya sekali!

    Saya berhujah lagi, kenapa saya kata mereka sengaja menyerang Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan beberapa orang kepimpinan PAS yang akan dijatuhkan dalam pemilihan Muktamar Agung akan datang. Saya berhujah juga bahawa pimpinan ini diintip setiap gerak geri mereka untuk mencari kesalahan bagi dijadikan isu untuk "blogger celaka" menambah tokok kebencian.

    Ok. Masih ingat Pengundian Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember lalu? Wartawan dan Blogger Celaka Zainulfaqar ada tak menyoal atau bertanya MP PAS yang tak hadir tanpa sebab dalam pengundian tersebut? Kenapa ada diskrimimasi dalam hal ini? Tidak lain kerana memang mereka adalah agen pengatur kepimpinan PAS untuk Muktamar Agung akan datang supaya mudah harta, jawatan, pangkat dan kedudukan di dalam negeri-negeri yang perintah akan berada di tangan mereka.

    Saya masih belum bersedia mendedahkan bagaimana dalam pemilihan lalu wang diberikan kepada perwakilan. Tidak hairan suatu masa nanti PAS akan jadi macam UMNO. Kononnya tentang UG tapi hati perut macam UMNO!!

    UG adalah senjata menyerang kepimpinan. Saya cabar mana-mana ahli PAS (jangan takut saya dikatakan oleh TB boleh akses database PAS) untuk menyatakan di dalam mesyuarat mana (sebut cawangan sudah cukup) bahawa ada disebut UG dan di bincangkan!!

    Sekali lagi saya cabar Tulang Besi (selaur dalam), Zainulfaqar dan Greenboc (Kalau tak jawab juga tulisan ini lebih baik engkau tak payah menulislah buat dosa aje. Kerja dan cari rezeki untuk anak dan isteri lebih mulia!!) untuk membuktikan di mana-mana cawangan atau kawasan yang ada bincang pasal UG. Satu cukuplah!! Sahut cabaran buktikan dengan fakta!!

    Sakit kepala dengar cerita pasal UG macam cerita hantu. TV pun main cerita hantu, rating TV naik. Tapi tanya daripada pengarah sampai tukang cuci sampai selepas shooting pun tak pernah lihat hantu sebenar!! Blogger celaka pun macam tu juga, tulis pasal UG, label orang itu orang ini UG, habok tarak!! rating juga kira!!