http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Parlimen Akan Lucutkan Jawatan "Ketua Pembangkang" Anwar Ibrahim?

Posted by Love Perak | Wednesday, April 07, 2010 | 0 comments »

SEMALAM parlimen diberitahu speaker sudah menerima notis daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz untuk mengemukakan usul membawa ketua pembangkang, Anwar Ibrahim ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen. Bahanan bakal diterima Anwar sekiranya usul ini mendapat sokongan dewan menyebabkan beliau akan kehilangan jawatan ketua pembangkang.

Usul itu berikutan dakwaan Anwar mengenai 1 Malaysia adalah 'gorengan semula' daripada One Israel. Dakwaan itu menimbulkan kemarahan menyinga para pengkagum 1 Malaysia dan menyebabkan parlimen memberi masa seminggu untuk Anwar memberi bukti.
Yalah siapa tak marah bila dikaitkan dengan Israel, lembu kampung saya juga akan melenting kalau dikatakan bakanya dari Israel. Tak peercaya!

Anwar telah pun memberi penjelasan di parlimen menyebabkan terburai lebih banyak dan detail lagi mengenai penglibatan APCO ke dalam sistem pentadbiran negara ini.
Bagaimana pun Anwar dibawa juga ke jawatankuasa berkenaan kerana alasan beliau gagal menjelas dakwaan yang 1 Malaysia adalah 'gorengan semula' dari One Israel. Memangpun semasa mendengar penjelasan Anwar tempoh hari tidak ada bukti konkrit mengenai tuduhan itu. Yang mungkin berlakunya kebetulan 1(one) itu saja. Dan sepatutnya Umno tidak begitu pongah untuk marahkan Anwar dengan isu berkenaan. Walhasilnya bila pongoh sangat maka terjadilah pendedahan lebih mendalam lagi, kini melibatkan Polis secara terang-terangan.

Sepatutnya ahli parlimen Umno bersikap macam ahli parlimen MCA atau lain-lain yang semacam tidak pun merasa pedih atas dakwaan Anwar itu. Bila Umno merasa pedih maka lekaslah orang membuat tafsiran jahat ke atasnya. Orang akan menerima dakwaan Anwar itu sebagai benar dan ada asasnya, walaupun atas perkataan 1(one) saja.

Usul membawa Anwar ke jawatankuasa itu akan didengar pada hari akhir persidangan 22 April kelak. Kelewatan membawa notis ini seakan ada kelonggaran diberikan kepada Anwar? Apakah beliau hanya setakat diberi amaran oleh speaker agar tidak mengulangi lagi?

Selepas mendedahkan bagaimana APCO telah menyelinap masuk ke dalam sistem pertahanan negara, semalam satu lagi pendedahan mengejutkan dibuat oleh Anwar. Kali ini mengenai bagaimana Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang diketuai Musa Hassan (yang tidak jadi bersara sempena hari polis baru-baru ini) pula telah diselinapi oleh perisik Israel. Penyelinapan itu menerusi Projek bernama APCO 425.

Projek ini diperolehi sebuah syarikat bernama Asiasoft Malaysia yang mana sahamnya dipegang oleh dua buah syarikatl B Syestem Sdn. Bhd dan Asiasoft PLC yang berdaftar di Singapura. Syarikat ini berpengakalan di Israel dan dikuasai Yahudi.

Anwar semasa mendedahkan isu ini menempelak PDRM atau kerajaan Malaysia kononnya membenci Israel tetapi menerima syarikat berpengkalan di Israel bagi menjalankan kerja-kejra penyelenggaraan sistem keselamatan negara. Bila Anwar sebut ini maka terhimbaulah ingatankan kita kepada kenyataan Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi mengatakan keselamatan negara diceroboh dan maklumat keselamatan dijual.

Apakah yang dimaksudkan Zahid itu termasuk sebahagiannya berlaku di ibu pejabat polis negara? Apakah Zahid yang pula membocorkan maklumat itu kepada pembangkang?

Pendedahan semalam nampaknya sekali lagi meletakkan Anwar dalam kontroversi dan dimarahi oleh pihak kerajaan. Apakah gara-gara pendedahan semalam beliau akan diminta bukti lanjut dan sekirnaya gagal akan dihadap ke jawatankuasa hak dan kebebasan kali kedua dan selepas itu akan dilucutkan kedudukannya sebagai ketua pembangkang? [wm.kl. 9:30 am 07/04/10]

msomelayu.blogspot.com

0 comments

There was an error in this gadget