http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Perbezaan : Polis dan UMNO

Posted by Love Perak | Tuesday, April 13, 2010 | 0 comments »

Tiada apa dengan tulisan ini. Cuma hanya ingin melihat perbandingan. Sama-sama buat, satu bersalah, satu tidak. Baca berita di bawah.

IPOH - Hanya kerana menerima suapan RM300, seorang anggota polis berpangkat Sarjan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas Megat Ahmad Megat Jaafar, 55, yang dibicarakan dan didapati bersalah menerima suapan daripada Rosli Baharom supaya memberitahu keluarga Rosli bahawa dia sedang ditahan polis kerana memiliki dadah.

Tertuduh yang bertugas di Bahagian Narkotik, Balai Polis Sitiawan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di Jalan Sultan Idris Shah, Manjung pada 1.35 petang, 7 Julai 2005.


KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepaskan dan membebaskan bekas Setiausaha Umno Bahagian Wangsa Maju daripada tuduhan memberi rasuah kepada Ketua Cawangan Taman Melati dua tahun lepas.

Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ramli Abdul Manan, 51.

Ramli didakwa memberikan wang suapan RM1,000 kepada Amir Saad, 51, di Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat Taman Melati Kawasan 8, Setapak pada pukul 9 malam, 5 Ogos 2008 sebagai dorongan bagi membolehkan beliau dicalonkan untuk layak bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju pada 8 Nov 2008.

Keputusan Mahkamah telah pun dibuat. Fikir-fikirkan...ingat-ingat kita di sana nanti. - ek-ele.co.cc

LovePerak : sudah-sudahlah polis jangan jadi barua kuli umno lagi kah kah kah

0 comments