http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Rakyat Hulu Selangor, Mintak Semua ni kat BN!

Posted by Love Perak | Wednesday, April 07, 2010 | 1 comments »

Saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk dibuat oleh rakyat Hulu Selangor sebelum hari pengundian pilihanraya kecil itu.

Di bawah adalah beberapa projek dan pembangunan untuk diminta dan dirayu oleh rakyat di sana kepada Kerajaan pusat (BN). Saya yakin kerajaan BN mesti berjanji hendak melaksanakan.

Selepas mereka berjanji saya nasihatkan rakyat membuat satu dokumen akujanji antara wakil kerajaan BN dan wakil kepada rakyat Hulu Selangor sekurang-kurang tanda tangan 100 rakyat untuk memastikan kerajaan BN tidak mungkir janji.

Perkara yang mesti diminta;-

*
Universiti 1Malaysia
*
Hospital yang moden dan canggih
*
Bandar Baru Kuala Kubu, Hulu Bernam dan Batang Kali
*
Pusat Latihan Belia (IKBN) yang baru
*
Kolej Komuniti
*
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 4 buah
*
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 3 buah
*
Sekolah Agama Berasrama Penuh 2 buah
*
ADTEC
*
Institut Latihan Perindustrian (ILP)
*
Pusat Latihan Kemas setiap DUN
*
Masjid Baru 3 buah
*
Kuil Baru 3 buah
*
Tokong Baru 2 buah
*
Bayaran Bil Elektrik untuk semua rakyat maksima RM50 sebulan
*
Bayaran Bil Telefon maksima RM100 sebulan
*
Biasiswa untuk pelajar-pelajar dari Hulu Selangor
*
Elaun untuk warga Emas RM400 sebulan
*
Elaun tambahan Pegawai Masjid dibayar oleh kerajaan pusat
*
Pusat Penyelidikan Pertanian setiap DUN
*
Elaun untuk orang asli RM300 sebulan
*
Elaun tambahan untuk pekerja ladang dan estet RM300 sebulan
*
Semua anak Hulu Selangor yang lulus sekurang-kurangnya 4 subjek dibenarkan melanjutkan pelajaran ke IPTA
*
Elaun Ibu Tunggal RM500 sebulan
*
Sebuah MRSM baru
*
Sebuah Sekolah Teknik
*
Sebuah Politeknik baru
*
Sebuah Pusat Serenti
*
Sebuah Kolej Matrikulasi
*
Sebuah Penyelidikan MARDI

...dan lain-lain.

Pengundi Hulu Selangor saya nasihatkan buat tuntutan ini secepat mungkin kerana kerajaan memang memperuntukan bajet untuk Parlimen Hulu Selangor tanpa had bukan kerana pilihanraya kecil ini tetapi memang kerajaan BN sebuah kerajaan ikhlas dan prihatin.

oleh : SOFI WAHAB, Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka.

1 comments

  1. Anonymous // April 8, 2010 at 4:15 AM  

    haha....lingkup la kerajaan kalo cam nie....haha....abiz duit income tax yg ak bayo tiap2 taon.........

There was an error in this gadget