http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Alasan Terbaru Najib

Posted by Love Perak | Saturday, February 06, 2010 | 3 comments »

Semua usaha diambil untuk menemui semula dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, yang dikesan di Uruguay, walaupun barang-barang itu bukan aset strategik kepada negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kedua-dua enjin itu untuk kuasa jet pejuang F-5E berusia lebih 35 tahun kerana ia dibeli pada tahun 1972.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan tinjauan di Kampung Baru di sini hari ini, katanya, nilai enjin tersebut ialah kira-kira RM303,000 setiap satu.

"Kedua-duanya adalah enjin yang sangat lama... bukan enjin canggih. Jadi ia bukan satu aset strategik kepada negara. Ia bukanlah seperti enjin Sukhoi atau F-18,” kata beliau.

Katanya, enjin pesawat itu bukan lagi untuk pesawat barisan hadapan dari aspek kemampuan dan teknologi.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, kerajaan Uruguay telah mengesan dua enjin yang hilang itu dan usaha-usaha sedang dilakukan untuk membawanya balik.

3 comments

  1. Anonymous // February 6, 2010 at 9:38 PM  

    alasan untuk memperbodohkan rakyat

  2. Anonymous // February 6, 2010 at 9:39 PM  

    siapa menteri pertahanan ketika itu?

  3. umno penipu // February 6, 2010 at 11:45 PM  

    Kalau masih percaya lagi cakap manusia jenis tu...lebih baik tak payah bersekolah lagi baik....itu cakap nak tutup taik kerana berak tengah jalan.