Sungguh memalukan melihat keletah MB Haram Perak, Zambry Kadir tiba-tiba mencabar MB Perak yang sah, Nizar Jamaluddin serta kesemua 28 ADUN Pakatan Rakyat Perak meletakkan jawatan bagi mmembolehkan satu pilihanraya kecil diadakan dikawasan masing-masing. Kenyataan itu dibuat Zambry hari ini, tatkala diwawancara dalam satu rancangan khas terbitan media arus perdana Perak FM (RTM).
"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak," katanya. Kenyataan angkuh Zambry ini dibuat bagi bagi menutup maruah setelah mendengar Nizar akan membubarkan DUN Perak sekiranya beliau menang dalam penentuan "Menteri Besar Perak Yang Sah" yang akan diputuskan hakim pada 9 Februari ini. Biarpun kita tidak berapa yakin yang keputusan akan berpihak kepada Nizar, namun MB Haram Zambry nampaknya sudah melatah dan takut dengan tindakan tersebut. Malah Zambry secara lantang mengatakan mereka tidak akan terikut-ikut dengan rentak permainan pembangkang dalam isu ini. Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri BN tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh rakyat.
"Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak pembangkang ini," katanya.

"Sebaik sahaja kita (BN) mentadbir, saya telah memaklumkan bahawa kita tidak boleh selamanya bermain dengan politik kerana rakyat di luar sana inginkan sesuatu daripada kita. Ada masanya rakyat ingin memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting khususnya dalam konteks pembangunan ekonomi negeri," katanya. Zambry yang dilantik MB Perak Ke-11 pada 6 Februari tahun lalu menyatakan keyakinannya bahawa sokongan masyarakat pelbagai kaum di Perak terhadap BN akan terus bertambah disebalik pelbagai permainan politik yang dimainkan oleh pembangkang. "Saya yakin bahawa rakyat di Perak tidak akan termakan dengan cara mereka (pembangkang) dan dengan adanya perkembangan ekonomi yang baik, kedudukan keamanan yang baik di Perak dan program pembasmian kemiskinan efektif yang kita lakukan, saya yakin akhirnya rakyat akan bersama-sama dengan kita... dengan syarat kita pun kena buat kerja dengan kuat," katanya. Masalahnya sekarang, jika Zambry benar-benar yakin bahawa BN kini mendapat sokongan padu rakyat Perak maka kenapa beliau takut untuk membubarkan DUN negeri bagi membolehkan satu pilihanraya kecil diadakan. Mencabar Nizar adalah merupakan satu tindakan bangang yang dilakukan oleh Zambry sebenarnya. Beliau lupa, Nizar menang besar dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang yang telah diadakan selepas BN merampas Perak itu. Kenyataan Zambry ini juga melambangkan betapa dangkalnya pemikiran MB Haram itu. Beliau lupa isu MB yang sah hanya akan diputuskan pada 9 Februari ini. Maka itu, beliau tidak sepatutnya "perasan sebagai MB" sejak merampas kuasa di Perak tahun lalu. Inilah dia sikap sebenar pemimpin UMNO BN yang "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". Rakyat Perak tidak mahu mereka sebenarnya, tetapi mereka kini memerintah dengan kuasa mahkamah dan bukannya kuasa rakyat !.
[Nampak benar ketakutan Zambry dan kuncu-kuncunya sekarang ini. Tanggal 9 Februari ini maka genaplah setahun 3 hari Zambry menjadi MB Perak. Apakah itu tarikh keramat untuk beliau dihumbankan secara terhormat agaknya. Zambry memerintah Perak hanya dengan kuasa mahkamah dan bukannya kuasa rakyat. Maka itulah, keadaan di negeri Perak akan terus kucar-kacir jika kuasa rakyat tidak dikembalikan. Jika Zambry benar-benar tidak takut, kenapa beliau tidak mahu membubarkan DUN dalam keadaan politik Perak yang terus berkecamuk sekarang ini. Zambry hanya layak menjadi MB Haram di Pulau Pangkor sebenarnya, dan bukannya merompak wang rakyat atas nama pentadbiran haram seperti sekarang ini. Apapun, sama-sama kita nantikan keputusan mahkamah yang entahkan betul entahkan tidak itu. Harapan kita agar kuasa pemerintahan di Perak akan diberikan kepada rakyat untuk menentukannya].
LovePerak : Mintak Zambry serta ADUN2 BN Kosongkan kerusi mereka serta-merta. Kita tengok boleh dapat balik tak smeua kerusi?

Katanya dia bukannya penakut cuma tak berani saja. Kedua-dua ungkapan ada bezakah? Memang ada di segi bunyi!