Aduhai lucu betul UMNO BN ni, bila time nak kempen time tulah semua dia janji nak bagi, semua die nak sedekah! Benda-benda yang tak perlu bagi pun dia bagi! Tapi yang heran tempat yang betul-betul memerlukan tak pulak die nak bagi? memang lawak bodoh! Nampak sangat kepincangan BN, nampak sangat nak meraih sokongan sahaja. Masa pilihanraya sibuk tabur macam-macam untuk dapat kuasa!
Apa dia salah satu janji tiba-tiba BN sempena PRK Hulu Selangor?
Sumber Malaysiakini
Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatannya ke Hulu Selangor hari ini bukan untuk berkempen, namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru.
Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.
Kah kah kah bila tiba pilihanraya sibuk si Muhyidin nak buat sekolah kat Hulu Selangor! Bukan CiLiK© nak marah BN nak buat sekolah, baguslah buatlah banyak-banyak! Tapi yang menjadi persoalannya apa hal sibuk nak buat sekolah kat Hulu Selangor? Nak mintak sokongan rakyat ke? takut kalah? Habis macam mana pulak dengan tempat yang menjadi kubu kuat BN macam kat bawah ni? Mentang-mentang diorang dah jadi penyokong tegar BN dah tak payah bela nasib mereka? Ha ha ha nak jadi pak lawak ke ape muhyidin ni? malu kat orang wei!
Sumber berita Bernama
LONG LATIN (ULU BARAM), 2 April (Bernama) -- Empat orang guru di sebuah sekolah rendah di sini termasuk sepasang guru suami isteri terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit berukuran 20 kaki panjang dan 10 kaki lebar dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu kerana kediaman guru yang sedia ada tidak mencukupi.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lutin Edward Ngullie Anggun berkata sekolah terbabit yang dibina sekitar awal tahun 1980-an hanya mempunyai empat unit kediaman guru termasuk satu unit yang sudah uzur serta hampir runtuh dan tidak cukup untuk menampung 12 guru serta keluarga mereka.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lutin Edward Ngullie Anggun berkata sekolah terbabit yang dibina sekitar awal tahun 1980-an hanya mempunyai empat unit kediaman guru termasuk satu unit yang sudah uzur serta hampir runtuh dan tidak cukup untuk menampung 12 guru serta keluarga mereka.
CiLiK©: Toksah nak temberanglah Muhyidin tembelang ko dah pecah! Takkan nak tunggu MP mati baru nak buat sekolah kot? kah kah kah... Pengundi-pengundi Hulu Selangor, Rezeki jangan ditolak! Tapi Undi tetap undi PR!
oleh : milo suam
HABUAN BN/UMNO KASI NI,ADAKE TIDAK KENA GST?.ORANG SELAYANG AKAN TURUN KEHULU SELANGOR,MEMBUJUR HABUAN BN/UMNO LALU KITA AMBIL,MELINTANG TEMBERANG BN/UMNO KITA PATAHKAN DENGAN FAKTA.SEPAKAT LAWAN KITA TETAP LAWAN.