http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

1 Lawan 1

Posted by Love Perak | Sunday, January 17, 2010 | 0 comments »

Kesepakatan Pakatan Rakyat akan terus diterjemahkan di negeri Sabah dengan memastikan satu lawan satu di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Perkara ini dinyatakan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat yang menjaga hal ehwal negeri Sabah, Anuar Ali.

Beliau menegaskan bahawa tidak akan ada lagi pertembungan di antara parti komponen Pakatan Rakyat tetapi pertembungan hanya antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum nanti.

Katanya kerajaan BN sudah tidak kuat tetapi mereka sedaya upaya melindungi dan menutup kelemahan dengan isu-isu yang sengaja ditimbulkan.

"Sebagaimana contoh isu kalimah Allah yang digunakan untuk menutup isu enjin jet yang hilang dan kerugian berbilion ringgit dalam isu PKFZ.

"Cuma tinggal lagi kita perlu memantapkan saf kita, dan jika ya, kita mampu tumpaskan kerajaan yang korup yang zalim tersebut," katanya.

0 comments