http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Warga Indonesia dihukum sebat sebelum rayuan didengar!!

Posted by Love Perak | Friday, January 22, 2010 | 0 comments »

Sehari selepas Malaysia dikecam kerana rekod asasi yang buruk , seorang lagi pendatang asing dihukum meskipun kesnya masih pada peringkat rayuan.

Mohd Ibrahim, 27, dilapor disebat di penjara Kajang pada 26 Nov 2009 – sehari sebelum umat Islam meraikan Aidil Adha.

illegal immigrants roundup 010305 groupJanuari tahun lalu, rakyat Indonesia itu ditahan atas tuduhan memalsukan pasportnya. Ibrahim kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun mengikut Akta Imigresen 1963 pada bulan September lalu.

Dia kemudiannya mengemukakan rayuan pada Oktober tetapi baru-baru ini, peguamnya Renuka Bala berkata anak guamnya telah disebat.

Renuka melahirkan rasa kecewa kerana tindakan diambil sebelum rayuannya itu didengar.

“Ini jelas melanggar peraturan. Ia menjadikan proses rayuan tidak lagi berfungsi. Pihak penjara perlu dipertanggungjawabkan,” katanya.

Menurut Renuka, Ibrahim dikenakan tiga sebatan dan perkara itu dimaklumkan kepada beliau pada Isnin lalu.

Mahkamah Jenayah, hari ini menetapkan 22 Feb bagi mendengar rayuan Ibrahim.

0 comments