http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kesiannya Zambry ni

Posted by Love Perak | Sunday, January 17, 2010 | 0 comments »


OLEH: JJ (http://www.joharapat.blogspot.com)

Baru baru ini aku terbaca berita tentang Menteri Besar Perak yang `belum halal lagi'yang tersiar dalam akhbar Sinar Harian. Berkatalah dia, Kerajaan pimpinannya akan menyenaraikan kesemua pencapaian parti itu selama 11 bulan memerintah negeri ini dalam usaha membawa perubahan dan reformasi kepada rakyat.

Berkata lagi Zambry , senarai yang sudah siap dan lengkap akan didokumentasikan untuk diedarkan kepada seluruh rakyat negeri Perak, ini bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat menilai pencapaian pentadbiran BN sejak mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Februari lalu.

Bagaimanapun, ia bukan berniat untuk membuat perbandingan prestasi kita dengan pihak lain, tetapi semata-mata mahu rakyat menilai sendiri bagaimana kita telah berlaku adil sejak kembali memerintah," katanya melalui laman sesawang BN Perak.

Setelah Zambry & the geng' ambilalih kuasa daripada Kerajaan Pakatan Rakyat secara tidak bermoral dan tidak bertamadun pada Februari lalu, sekarang dia nak minta rakyat nilai tentang pencapaian kerajaan Umno/BN? Pencapaian apa?.

Masih segar di ingatan rakyat di negeri ini bagaimana kerajaan yang sah iaitu Kerajaan Pakatan Rakyat melalui pilihanraya umum 2008 ditumbangkan dan dirampas kuasanya secara tidak bermoral, rakyat tidak akan lupa permainan kotor pimpinan Umno Pusat dan negeri. Tiba tiba Zambry suruh rakyat nilai kerajaan pimpinannya . Banyak cantik?

Semuanya bermula dengan `haram', akibatnya semua jadi `haram' belaka. UMNO BN rampas kuasa tidak melalui mandat rakyat. tiga Adun dicolek oleh mereka kemudian mengisytiharkan keluar parti, menjadi bebas dan menyokong BN.

Pakatan Rakyat hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri, DS Nizar mengambil tindakan yang betul, beliau mengadap Tuanku mohon DUN dibubarkan supaya rakyat diberi mandat semula memilih kerajaan yang sah.

Dalam masa yang sama Speaker dengan kuasanya dan berdasarkan surat perletakan jawatan ADUN yang ditandatangani oleh ketiga-tiga mereka memaklumkan kekosongan ketiga kerusi DUN tersebut kepada SPR, dan meminta SPR mengadakan pilihanraya.Pengisytiharan kosong kerusi tersebut tidak diendahkan oleh SPR.

Najib pula masuk mengadap selang 2 hari selepas DS Nizar mengadap, memohon pada Tuanku perkenankan lantikan MB yang baru dari BN tanpa terlebih dahulu ada usul undi tidak percaya kepada Nizar di Dewan Undangan Negeri atau perletakan jawatan Nizar sebagai MB atau pembubaran DUN.

Tuanku perintahkan Nizar mengadap pada hari yang sama Najib mengadap. Tuanku minta Nizar letak jawatan, sebaliknya MB Nizar bertegas tidak akan meletakkan jawatan sebagai MB dan mohon DUN dibubarkan.

Tuanku tidak mendengar nasihat MB Nizar supaya DUN dibubarkan sebaliknya minta Nizar letak jawatan. Pada hari itu dan seterusnya tidak berlaku perletakan jawatan secara rela hati oleh Dato' Seri Hj Nizar, tidak juga berlaku usul undi tidak percaya dikemukakan dalam dewan dan diterima dengan suara majoriti oleh anggota dewan.

Pada hari yang sama Najib mengisytiharkan pembentukan kerajaan `haram' BN dan melantik Zambry sebagai MB `haram' negeri Perak. Selang sehari kemudian, Zambry mengangkat sumpah sebagai MB Negeri Perak.

Itulah rentetan ringkas bermulanya sejarah pembentukan dan perlantikan kerajaan BN yang `haram', berikutan itu, semuanya jadi `haram'. Perlantikan Speaker juga `haram', tata caranya bercanggah sama sekali dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Perintah Tetap DUN Perak, akibatnya semua jadi `haram'.

Persidangan yang dijalankan dengan Speaker haram juga jadi haram, pembentangan bajet juga `haram' kerana dibentangkan dan diluluskan cara `haram'. Jadi semunya `haram' belaka.

Zambry & the geng' dah rampas, buat macam macam , lepas tu dia minta rakyat nilai pencapaian kerajaan pimpinannya., Zambry ingat rakyat sudah lupa perbuatannya bersama gengnya buat di negeri ini? Rakyat ingat sampai bila bila. Sampai mati rakyat Perak ingat.

Selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah negeri ini, rakyat boleh menilainya iaitu perbezaan pemerintahan Pakatan Rakyat yang telah dapat mencari pelaburan sebanyak RM770 juta pada tahun 2008 berbanding kerajaan kudeta pada tahun 2009 hanya mendapat RM608.66 juta.

Disebabkan rampasan kuasa pada awal Februari 2009 yang lalu menyebabkan pelabur tidak berani untuk melabur kerana kerajaan negeri yang ada tidak kukuh.

Banyak perubahan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat memerintah Perak selama 11 bulan dahulu. Umum mengetahuinya. Tidak perlu saya nyata satu persatu di sini. Dengan suasana yang rakyat boleh lihat sekarang ialah ketidakmampuan pentadbiran kerajaan kudeta Zambry untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negeri Perak di samping keangkuhan Zambry membelakangi mandat dan kepentingan rakyat hanya demi mempertahankan kuasa kudeta yang diperolehinya secara tidak demokratik.

Sekarang ini hampir keseluruhan Jawatankuasa Qaryah (Masjid) yang telah diberi watikah perlantikan di Perak dikuasai oleh UMNO BN. Kita tidak menafikan masih ada beberapa kerat Pengerusi Masjid dan Ahli Jawatankuasa di Perak kekal penyokong Pakatan Rakyat.

Cukup dikesali dengan tindakan UMNO melalui Ketua Bahagiannya campur tangan dalam urusan perlantikan Jawatankuasa Qaryah sehingga menafikan peranan Penghulu dan Pegawai Tadbir Agama dan Orang Besar Jajahan sebagaimana amalan Kerajaan Pakatan Rakyat sewaktu berkuasa di Perak.

Kerajaan Pakatan dahulu memberi kaedah perlantikan yang cukup adil, Ahli Jawatankusa Masjid lebih-lebih lagi Pengerusinya mestilah yang benar-benar mempunyai kelayakan, ahli masjid, berakhlak mulia, mampu mengimami solat berjamaah, tidak ada rekod jenayah dan salah laku akhlak.

Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mensyaratkan mesti ahli PAS atau PKR. Jumlah Ahli Jawatankuasa hendaklah sama ramai antara penyokong Pakatan Rakyat dan UMNO BN. Ini adalah demi menjaga keharmonian dan perpaduan,

Kerajaan PR tidak mahu masjid menjadi tempat untuk berpecah belah. Pemilihan Jawatankuasa Masjid mestilah diuruskan oleh Ketua Kampung, Penghulu, Pegawai Tadbir Agama (PTA) dan Orang Besar Jajahan (OBJ).

Ternyata UMNO BNlah yang menggunakan masjid untuk kepentingan politik mereka, mereka rela melantik orang yang bukan ahlinya untuk mengimarahkan masjid demi kepentingan politik mereka tidak tergugat, bagaimana orang yang tidak pernah ke masjid boleh mengimarahkan masjid ?, sedangkan melalui program-program pengimarahan masjidilah ia boleh mendidik ahli-ahli qaryah bertaqwa kepada Allah swt.

Pastinya Zambry akan menyenaraikan apa yang telah dilakukan oleh kerajaannya selama 11 bulan. Dia nak menandingi DS Nizar yang mengetuai Kerajaan Pakatan Rakyat yang juga berkuasa selama 11 bulan.

Zambry boleh senarai berapa banyak kerajaannya telah buat dan minta rakyat menilainmya. Yang menilainya nanti orang orang Umno/BN juga, mereka akan `puji melangit' kerajaan pimpinan Zambry. Mereka ini golongan `kami dengar dan kami patuh' pastilah pujiannya melangit.

Tetapi rakyat umum tidak akan terpedaya dengan apa juga yang dilakukan oleh `Zambry & the gengnya'. Rakyat mahu kuasa rakyat dikembalikan. Biar rakyat buat keputusan. Rakyat mahu DUN dibubarkan. Nak nilai apa? Bubar DUN dahulu, ada akan pilihanraya, ketika itu baru rakyat boleh menilai.

Ketika itu rakyat boleh bandingkan apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat selama 11 bulan dan apa yang kerajaan BN lakukan selama 11 bulan. Masa itu barulah ZAmbry & geng' minta rakyat nilai. Itu baru betul.



0 comments