http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Ayuh Rakyat Perak Turun Ramai-Ramai....

Posted by Love Perak | Saturday, January 23, 2010 | 0 comments »



Himpunan Pemuda PAS Perak 31 Januari 2010

Changkat Jering - Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang akan mempersiapkan jentera pilihanrayanya sekiranya berlaku pilihanraya dalam waktu yang terdekat ini. Justeru bagi menyahut seruan Pemuda PAS Perak yang akan mengadakan himpunan ini pemuda PAS Bukit Gantang akan menghantar pemuda seramai mungkin bagi menjayakan program tersebut.

Program pada 31 Januari tersebut akan diadakan di Darul Ta'lim, Larut. Program ini akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Di sana para pemuda akan berhimpun bersama-sama pemuda Pas dari kawasan lain seluruh negeri Perak. Dijangkakan 10,000 pemuda akan berhimpun di sana.


Antara program yang akan diisi pada hari tersebut adalah pidato perdana daripada pimpinan PAS Pusat seperti YB Salahuddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi serta beberapa pemimpin pemuda PAS Pusat dan negeri.

Antara lainnya ada diadakan karnival jualan dan pameran, daftar pemilih SPR dan ahli PAS, persembahan seni mempertahankan diri seperti silat dan tomoi, nasyid kotemporari, pameran paintball dan BMX dan banyak lagi. Program ini turut diserikan lagi dengan persembahan artis Mel bekas penyanyi kumpulan Wings.


Seluruh pemuda PAS Perak akan berikrar pada hari tersebut untuk menjadi petugas pilihanraya yang terbaik. Peserta juga disarankan memakai baju hijau agar gelombang jentera pilihanraya dapat diwujudkan.
Bagi mereka yang masih belum mendaftar untuk hadir ke program tersebut bolehlah menghubungi Setiausaha Dewan Pemuda Pas Bukit Gantang Sdr Azwan Ismail ditalian 019-4273678.

0 comments