http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Lim Guan Eng!! Anwar!! Sila ambil tindakan cepat!!!

Posted by Love Perak | Wednesday, January 27, 2010 | 0 comments »

Khabar angin kini bertiup kencang kononnya seorang pemimpin kanan PKR akan berpaling tadah dan menyertai sebuah parti lain yang mesra dengan Barisan Nasional.

pakatan convention 191209 crowdAhli parlimen dari Pulau Pinang itu juga dikatakan sudah mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain untuk turut melompat. Dia juga didakwa sedang memikat beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain lagi.

Rancangan mereka ialah menjadi ahli bebas sebelum menganggotai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru ditubuhkan dan dipimpin oleh Tang Weng Chew.

gabriel aditBulan lalu, ahli dewan undangan negeri PKR Gabriel Adit Demong menyertai parti baru yang berpangkalan di Pulau Pinang itu sebagai ketua Sarawaknya.

Mengmalaysia parliament parlimen building 050907 frontikut sumber, pemimpin PKR itu telah berjumpa dengan presiden Umno dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tindakannya serta memohon kemungkinan diberikan jawatan dalam kabinet.

Jika perkara itu menjadi kenyataan, ia adalah keputusan politik yang paling mengejutkan selepas BN berjaya merampas semula Perak daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Sekiranya semua itu menjadi kenyataan, hasrat BN mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen akan termakbul. Mereka kini hanya kekurangan lapan kerusi untuk meminda sebarang perlembagaan mengikut sesuka hati.

0 comments