Diam diam saja, ketika dimana ramai rakyat Malaysia alpa, sedikit terleka, ISA megganas lagi.
Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein semalam, mengesahkan 10 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dipercayai terlibat dengan organisasi pengganas antarabangsa.
ISA adalah sejenis akta yang membolehkan sesiapa saja ditahan tanpa bicara selama mana Menteri Dalam Negeri rasakan perlu. Penahanan tanpa bicara adalah berlawanan sekali dengan ajaran Islam anutan kita. Keadilan Islam tidak tertegak dengan menahan tanpa dakwaan. Sekadar dakwaan lisan sebelah pihak diakhbar akhbar tidak boleh diguna pakai tanpa pihak yang kena tahan mempertahankan diri dari tuduhan. Ini yang menggusarkan ramai pihak, penyalahgunaan akta ini boleh berlaku bila bila masa sahaja.
Banyak dalil yang telah direka cipta demi menghalalkan akta kejam ini terus diperkuda. Banyak resolusi dilontar kekononnya menggambarkan ketelusan penguasa dalam menjalankan penguatkuasaan ISA. Saya menyeru pada pihak kerajaan, kalau benar ketelusan yang dicari, tahan dan bicara mereka di Mahkamah terbuka. Dengan segala kelengkapan yang kita ada malah boleh dibina, tidak mustahil bukti mudah digali bagi melengkapkan dakwaan.
Sampai bila agaknya ISA akan bermaharajalela. Apakah undang undang lain yang sedia ada dilihat gagal menjamin kententeraman dan keselamatan negara? Pastinya, majoriti rakyat berharap dengan pertukaran kerajaan BN ke Pakatan nanti, hasrat untuk menegakkan hak asasi manusia di bumi ini bakal didaulatkan.
Maka, SELAMATKANLAH MALAYSIA dengan mempastikan Pakatan Rakyat bersih dan kuat...
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment