http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Hasil Kerja Jembalang Sial Puaka Laknat

Posted by Love Perak | Wednesday, January 13, 2010 | 1 comments »

oleh : kerajaan rakyat

Ingat dulu ada banyak jembalang sial puaka laknat bangsa UMNO yang mengatakan negara akan muflis kalau Pakatan Rakyat perintah. Saya jijik nak tulis nama dia di sini.


Hi puaka laknat pemimpin, pengikut dan pencacai UMNO harami, kau orang tolong baca:

Sebuah kumpulan kewangan berpengaruh, UBS Investment Research, menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa hampir 50 peratus. Kedudukan kewangan negara yang sedia goyah dijangka bertambah parah berikutan beberapa serangan terhadap rumah ibadat yang masih belum dapat dikawal sepenuhnya oleh kerajaan Umno/BN. Perbuatan khianat itu dicetuskan oleh petualang.

UBS menganggap aliran kewangan kritikal yang dialami kerajaan Umno-Barisan Nasional "amat luar biasa" memandangkan Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa paling besar di Asia iaitu sebanyak 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
atau kira-kira RM120 bilion.

"Negara lain seperti China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand mencatatkan peningkatan ketara dalam simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan lalu tetapi rezab Malaysia hampir pupus sama sekali," kata laporan itu.

Menurut UBS, pengaliran keluar modal secara besar-besaran sepanjang tahun lalu menjejaskan rizab antarabangsa Malaysia dengan amat teruk yang jatuh lebih daripada 25 peratus.

UBS berkata pengaliran keluar modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada KDNK atau RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.

"Angka ini amat mengejutkan. Ia adalah lebih dari dua kali ganda pengaliran keluar modal yang dialami oleh Rusia dan jauh lebih besar berbanding dengan negara membangun yang lain.

Malah pengaliran keluar modal yang dialami oleh Malaysia pada 2009 merupakan fenomena yang jauh lebih besar dan dahsyat daripada pengalaman krisis ekonomi Asia 1997-1998," menurut laporan enam muka surat itu.

Laporan oleh UBS Asia Securities Limited selanjutnya berkata ekonomi negara Rusia, Ukraine dan negara-negara Teluk mengalami pengaliran keluar modal asing akibat krisis ekonomi dunia.

Namun ketika ekonomi negara-negara terbabit kembali pulih, Malaysia masih dicengkam pengaliran keluar modal asing, menurut UBS .

"Modal asing masih keluar dari Malaysia secara berterusan dalam jumlah yang besar walaupun kebanyakan ekonomi negara pasaran membangun menunjukkan tanda kemasukan semula pelaburan asing," menurut laporan itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed sebelum ini berkata Malaysia hanya mencatat pelaburan asing langsung sebanyak RM4.2 bilion sahaja bagi tempoh Januari-Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi 2008. - Suara Keadilan

1 comments

  1. Anonymous // July 13, 2011 at 5:36 PM  

    mmg betol pn,PKR ni wat mnyemak je kt malaysia ni,mcm anjing kurap,hahahaaa