http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Tahniah Ahli Parlimen Indera Mahkota

Posted by Love Perak | Tuesday, January 26, 2010 | 1 comments »


Tergamam gak pendokong Pakatan seantero Malaysia, PKR Pahang yang dilihat tenang tetiba bergolak. Ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang. Aku memula dah rasa cukup semak dengan berita ni. Rumah tangga hangpa sendiri berselerak, macamana nak jaga negara dan tadbir kebajikan rakyat.

Tapi hari ni Azan tampil mengatakan, beliau melepaskan jawatannya sebagai timbalan pengerusi PKR Pahang, antaranya bagi menumpukan perhatian kepada tugas barunya di peringkat pusat.

Tapi hidung aku masih terbau benda hangit sebelah dapur rumah tangga hangpa. Tolong check betoi betoi. Jangan sesapa dok gatai sapu bawah karpet pulak. Tak pepasal karpet pulak yang terbakar nanti. Benda yang rosak akibat dari terbakar tu, repair atau tukar saja kalau perlu.

Sementara itu, seorang lagi timbalan pengerusi PKR Pahang, Mohd Nor Jaafar ketika dihubungi menafikan dakwaan Azan semalam.

Beliau berharap Azan dapat 'berbincang' dengan PKR negeri mengenai perkara tersebut bagi menjernihkan keadaan.

"Kalau beliau hendak bincang, kita boleh bincang. Tetapi kalau beliau hendak tegakkan benang yang basah, kita pun boleh tegakkan benang kita," katanya.

Baguih gak bila ada usaha mengendurkan ketegangan dalam PKR Pahang. Tapi dakwaan telah ada, siasatan perlu dilakukan dan usaha pembaikan tak boleh dilengahkan.

Beliau juga dilaporkan berkata, tegurannya berhubung pengurusan kewangan, kutipan derma dan isu 'cah keting' tidak diendahkan.

"Itu adalah teguran biasa. Kalau tidak boleh tegur, kita tidaklah lebih baik daripada Umno," katanya yang beranggapan isu tersebut sudah selesai.

1 comments

  1. Tan Loo Ley // January 26, 2010 at 9:55 PM  

    Salam...PAKATAN RAKYAT VISION TO PUTRAJAYA...

    Jangan lah ada lagi percakaran dalaman..cukuplah apa yang dah berlaku..kembalilah kepada tujuan kita berpadu dalam kesatuan PAKATAN RAKYAT....

    Jangan biarkan harapan rakyat marhaen yang tertindas dek kezaliman regim umno terus menerus dicengkam oleh malang yang tiada penghujung.

There was an error in this gadget