http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Alahai Zul Noordin ooii....

Posted by Love Perak | Monday, January 25, 2010 | 1 comments »

oleh : shalehudin

Anwar kecewa. Aku pun tumpang kecewa, tapi ramai lagi pendokong Pakatan Rakyat yang teramat kecewa. Kecewa sungguh sungguh terhadap perkembangan terbaru yang melibatkan Zul, MP bagi Kulim yang entah kali keberapa pun tak tau dah, bercakaran dengan pimpinan Pakatan lainnya.

Memang isu ni sensitif. Sehingga sekarang, belum ada kata pemutus tentang siapa yang lebih berhak keatas kalimah "Allah" ni. Isu ni telah dengan megahnya dijunjung kesana sini oleh bangsa Umno demi survival politik depa. Tapi yang Zul pi terikut ikut menari rentak depa tu buat apa. Aku tak mau percaya yang Zul ni hero berbangsa Umno. Tapi bila dah tercetus sekali lagi isu ciptaan bangsa Umno dan ditarikan dengan megahnya oleh Zul Noordin ni, baru ternampak warna sebenar Zul Kulim ni.

Apakah jenis tindakan disiplin yang layak buat Zul ni. Anwar kecewa kerana Zul dilihat dah melampau. Syed Hussin kata, tindakan Zul sebagai membantu Umno. Zaid kata, repot polis Zul adalah satu bentuk ugutan, dan Zul sepatutnya dipecat. Paling dramatik bilamana, Anwar hantar email minta Zul menarik balik laporan polis terhadap Khalid (PAS), tapi Zul balas balik email Anwar dengan mengatakan Anwar ni jenih berat sebelah.

“Saya sentiasa berikan beliau ruang untuk menyatakan pandangan tetapi bukan selalu saya bersetuju dengannya.

“Saya telah menasihatkan beliau agar tidak menyebabkan ketegangan di kalangan rakan kami (Pakatan Rakyat) tetapi beliau telah melepasi batasan,” kata beliau selepas menyampaikan ceramah perdana di Taman Keramat di sini malam tadi.

Bagaimanapun aku berpendapat, Zul harus diberi peluang menjelaskan pendirian. Walaupun betapa kelatnya darah Umno yang mengalir, Zul punya hak mempertahankan diri. Paling tinggi pun, sekiranya ia didapati bersalah, gantung dulu sementara siasatan lanjut dijalankan.

Kadang kadang, bila orang dah tak suka, macam macam buruk kelaku yang dia tunjuk. Jadi aku amat berharap sangat la si Zul ni berterus terang saja lah, agak agak jawatan menteri mana dalam kerajaan BN yang dia minat sesangat.

1 comments

  1. Anonymous // January 28, 2010 at 1:33 PM  

    sayang skali org macam zul nordin ni mengunakan ketegasannye tidak bertempat..cara dia buat kenyataan dan mengulas lebih condong kepada cara UMNgok...dia lupa yg mengangkatnye sebagai MP KULIM adalah RAKYAT yg telah memberikan sepenuh KEPERCAYAAN pdnye kerana dia mewakili PARTI KEADILAN RAKYAT dimana RAKYAT diKULIM memang nak MENGKAFANKAN UMNgok/BN.. semoga DSAI berhati-hati ketika memilih calon pd masa akan datang...