Nik Sapeia yang segak berkaca mata telah terkena daulat Mahathir dengan dihukum enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.
Ramai yang tak tahu Mahathir ni berdaulat. Aku pun ragu ragu, tapi kedaulatan Mahathir ini jelas terbukti sejak awal kekuasaannya lagi, 22 tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Hangpa congak tengok la nasib Musa Hitam, kira tengok la Anwar yang kekononnya handal berpolitik. Main ngan daulat Mahathir, tungging habih. Kalau setakat jawatan sebagai pemimpin kanan PPP tu, jauh lagi la Datuk Nik Sapeia nak dibandingkan dengan Ku Li tokoh yang tersohor yang dulu lagi tersungkur.
Ini jugak sebagai amaran bagi sesiapa pun, jangan nak memandai mengata Mahathir, jangan nak gatai simpan cita cita nak sembur sebarangan bahan ke arah Tun Dr Mahathir... hihi...
Bagaimanapun, Nik Sapeia masih mempunyai ruang bagi membebaskan diri dari badi daulat Mahathir setelah kesnya di tangguh bagi membolehkannya membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.
"Sabar kerana masih ada peluang lagi."
oleh : shalehudin
¡Hola mundo!
8 years ago
Knp dia sembur gas kt Mahathir? Pelik plak,setau aku diorang ni sama2 umno.. Ada sapa2 tau apa sbbnya?