http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Berita tipu, tindakan pihak terdesak

Posted by Love Perak | Friday, January 22, 2010 | 0 comments »


KUALA LUMPUR : "Dakwaan bahawa PKR Kuala Selangor sudah bubar dengan peletakan jawatan 13 ahli jawatankuasanya tidak benar," kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor Syed Shahir Syed Mohamud dalam suatu kenyataan medianya di sini, hari ini.



Kata beliau, perlembagaan PKR jelas menyatakan bahawa sebarang pembubaran sesuatu cabang hanya boleh dibuat menerusi Mesyuarat Agung Khas Cabang selaras dengan fasal 25.8 perlembagaan parti.



"Jika benar majoriti AJK cabang meletak jawatan, ini bermakna bahawa Mesyuarat Agung Khas Cabang harus diadakan bagi melantik semula barisan AJK yang baru bersesuaian dengan fasal 25.9 perlembagaan parti," kata beliau ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kuala Selangor baru-baru ini.



Tambah Syed Shahir, Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menyiasat sepenuhnya dakwaan perletakan jawatan tersebut dan akan memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pusat agar tindakan yang bersesuaian dapat diambil ke atas mana-mana ahli parti yang bertindak di luar perlembagaan, selaras dengan perlembagaan parti.



Beliau berkata, perkembagan di Cabang Kuala Selangor mutakhir ini adalah sangat positif dengan penyertaan ribuan anggota baru berbanding sebelum PRU-12 yang lalu.



"Jadi, saya mengesyaki bahawa perkembangan terbaru ini adalah sebahagian daripada agenda terdesak pihak tertentu untuk menekan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor," tambah Syed Shahir.

0 comments