http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

MB Selangor Terkejut

Posted by Love Perak | Friday, January 22, 2010 | 0 comments »

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terkejut dengan perkembangan terkini siasatan ke atas setiausaha kerja kepada Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari kerana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa menggeledah rumahnya tanpa waran geledah yang sah.

Menurut beliau, SPRM perlu memberi penjelasan terperinci kepada Kerajaan Negeri mengenai insiden tersebut supaya tidak menimbulkan keraguan.

“Kerajaan Negeri mahu SPRM memberi penjelasan mengapa perkara boleh berlaku. Penyiasatan SPRM melibatkan sebuah syarikat yang tidak tersenarai dalam pemberian kontrak aktiviti perlombongan pasir.

“Tuduhan SPRM bahawa pemergian seorang pegawai ke China ditanggung oleh kontraktor tertentu juga tidak benar kerana Kerajaan Negeri yang membiayai kos kunjungan dua hari itu yang menelan belanja sebanyak RM3,295,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri berhak meragui motif dan integriti siasatan pegawai-pegawai SPRM terhadap isu yang berlaku dalam Kerajaan Selangor sedangkan mereka sewajarnya menggunakan masa dan tenaga yang amat berharga untuk menyiasat penyalahgunaan wang rakyat yang bernilai ribuan juta ringgit.

“Antaranya termasuklah peruntukkan RM1.7 juta oleh bekas Menteri Besar Selangor dan rombongannya semasa melancong ke Disneyland, Amerika Syarikat dan Perancis.

“Suruhanjaya itu sepatutnya menentukan keutamaan dan menyiasat isu-isu besar yang melibatkan penyalahgunaan ribuan juta ringgit wang rakyat atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu yang sudah sekian lama berlaku dalam negeri atau negara,” katanya.

Sementara itu, Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar melalui kenyataan media berkata, Kerajaan Negeri berharap beberapa serbuan yang dilakukan oleh SPRM di pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini bukan untuk menjatuhkan maruah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Kerajaan Negeri memberi sokongan penuh terhadap usaha membendung perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan ahli politik mahupun kakitangan lainnya.

Namun, Kerajaan Negeri tidak bersedia bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja cuba mengganggu kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri menerusi pelbagai cubaan untuk memalukan kakitangannya.

0 comments