http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Berakhirnya Riwayat Pembodek

Posted by Love Perak | Saturday, January 16, 2010 | 0 comments »


Terdapat satu cerita "darah cap naga" yang terkenal pada Tok Mat, meskipun bukan sesuatu yang membanggakan. Pada Mei 1999, apabila gerakan reformasi menyemarak di masyarakat Melayu, dan pada ketika BN memerlukan sokongan orang Cina, Tok Mat yang berada di baris depan kem Mahathir cuba mencalar Anwar Ibrahim dengan mempertikaikan kelayakan Wan Azizah Wan Ismail (gambar kiri), isteri Anwar sebagai pemimpin. Alasan yang digunakan adalah Wan Azizah melanjutkan pengajian di Singapura, malah ada darah cap naga dalam tubuhnya.

Hey, siapa yang tidak kenal bahawa kedua-dua suami isteri bos di belakang Tok Mat juga pernah menuntut di Singapura? Meskipun darah bosnya tidak bercap naga, tetapi bercap gajah. Tersalah bodek ini telah mengundang malapetaka, yang berakhir dengan pemecatan oleh Mahathir dari jawatan Menterinya pada bulan dan tahun yang sama.

Dalam buku tulisan Mohamed Rahmat, UMNO:Akhir sebuah impian yang diterbitkan sebelum pemergiannya, beliau tidak menafikan bahawa dirinya pernah berkata sedemikian.

Jika dibandingkan dengan Gus Dur, apa yang kurang di kalangan ahli politik di negara kita ialah "keikhlasan". Mereka bukan sahaja tidak ikhlas kepada orang lain, malah mungkin juga tidak ikhlas terhadap diri sendiri. Jadi, darah cap naga Tok Mat digunakan mengikut keperluan, tidak seperti Gus Dur yang konsisten. Dan ini mungkin menjelaskan mengapa Indonesia lebih maju selepas Suharto, tetapi kita masih berlegar di tempat asal, malah semakin berundur.


0 comments