http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Alahai Saiful Bukhari

Posted by Love Perak | Saturday, January 23, 2010 | 0 comments »

Tahun 2010 dikatakan "Tahun Kebenaran" oleh Saiful Bukhari Azlan, anak muda yang masih tidak mahu beralah dan mahu mempertahankan dirinya berada dipihak yang benar dalam kes "liwat" terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biarpun publisiti terhadap Saiful dilihat semakin berkurangan mutakhir ini, selepas kes berkenaan senantiasa tertangguh-tangguh akibat beberapa masalah teknikal yang terpaksa dielakkan. Mahkamah Persekutuan telah menangguh keputusan rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen pendakwaan dan DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada 29 Januari ini.

Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditangguhkan kepada 2 Februari 2010 depan. Maknanya kes tersebut ditangguhkan lagi, biarpun amat mengecewakan pelakon utamanya iaitu Si Saiful Bukhari. Anak muda ini meronta-ronta di dalam blog peribadi beliau mengharapkan sokongan rakyat terhadap dirinya. "Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) persiapan perbicaraan dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, bahan bacaan, cara-cara memberi keterangan, menjawab soalan, atau ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah kelak" kata Saiful mungkin dalam nada yang merayu.

Liwat, Saiful Berdoa Dan Berserah Kepada Allah

Dalam nada yang bangga Saiful juga mengatakan beliau kan terus berdoa, istiqamah dan sabar. Kepada Allah saya berserah "Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!". Tanpa menyedari apakah ucapan yang beliau lontarkan itu sesuai dengan kesnya, maka Saiful sanggup mengajar umat Islam berdoa supaya kebenaran berpihak kepadanya. Soalnya sekarang, kebenaran apa yang mahu dicari oleh Saiful? Kebenaran apa yang mahu orang ramai berdoa kepadanya?. Amat memalukan kita sebagai umat Islam, Saiful sebenarnya tidak layak untuk berbicara soal kebenaran. Kerana apa, kerana kebenaran yang dimahukan itu ialah supaya mahkamah memutuskan bahawa "beliau memang diliwat oleh Anwar".

Maknanya beliau mahu rakyat Malaysia seantero dunia percaya yang "duburnya telah ditembusi oleh anunya Anwar". Itulah kebenaran yang dimahukan oleh Saiful agaknya. Sungguh menjijikkan melihat senario ini sebenarnya. Manusia yang tidak tahu malu sahaja sanggup menyuruh orang lain berdoa supaya kebenaran terletak kepada dirinya. Jika kebenaran insiden itu tidak berlaku, mungkin kita boleh untuk kita mendoakannya. Namun, Saiful tergamak mahu didoakan agar dia "sudah hilang teruna" akibat dirodok oleh "senjata" Anwar Ibrahim. Inilah yang memuykilkan kita sebenarnya. Amatlah tidak masuk akal langsung orang yang mahu dikatakan menjadi mangsa liwat sanggup merayu dan merintih supaya orang lain mempercayai kesnya itu.

Jika Benar Mahu Kebenaran, Ikut Hukum Islam

Atas faktor dan statement mana yang menyebabkan Saiful mahu orang lain mendoakan dirinya itu?. Atas pengakuan beliau diliwat dan laporan polis yang dibuat? Atau atas laporan perubatan yang dikelaurkan oleh doktor pakar yang sah dan lebih relevan?. Maka itu, yang mana satu Saiful mahu umat Islam diseluruh negara percaya yang beliau diliwat?. Jika dalam kes rogol, sudah pasti polis mahu menghantar mangsa ke hospital untuk membuat pemeriksaan perubatan sebelum menangkap mana-mana suspek. barulah kes boleh dibuat terhadap tertuduh. Apakah cukup dengan pengakuan mangsa yang kononnya beliau dirogol, maka kita mesti percaya dia memang dirogol?. Begitu juga dalam kes Saiful ini sebenarnya.

Apakah kita mahu mendoakan kebenaran terhadap beliau, sedangkan kes yang berlaku sekarang hanyalah berdasarkan kepada laporan polis dan akuan yang dibuat oleh dirinya sendiri. Sedangkan laporan perubatan yang sah daripada empat orang doktor pakar hospital swasta dan kerajaan membuktikan beliau masih "suci dan teruna". Ini bermakna, Saiful tidak dinodai oleh sesiapa pun. Maka itu, kenapa Anwar perlu ditangkap, disoal dan mahu didakwa atas pertuduhan tersebut?. Bukankah ini juga kebenaran yang harus dilihat oleh kita sebenarnya. Sebagai umat Islam, kita akhirnya perlu membawa kes Jenayah Syariah sebegini ke Mahkamah Syariah atas pertuduhan Qazaf. Masalahnya, kenapa begitu lama mahkamah ingin menfailkan kes Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan?. Kita harus berbalik kepada Islam, namun berbagai alasan yang diberikan oleh pihak terbabit. Kenapa kita harus mencari kebenaran buat Saiful hanya berlandaskan kepada pengakuan dan laporan polis yang dibuatnya.

Kenapa Perlu Jumpa Najib, Bukannya Ulamak

Bukankah orang seperti Saiful juga pandai bermuka-muka sebenarnya. Jika tidak, masakan beliau boleh bertemu Perdana Menteri Najib Razak hanya untuk memohon biasiswa, sedangkan beliau ketika itu bekerja di Pejabat Anwar?. Biasiswa apa yang mahu dipohon, sedangkan beliau sudah lama dibuang dari pengajiannya di Uniten akibat terlalu pandai. Masakan, Saiful begitu rapat dan baik dengan Najib Razak sehingga boleh pergi ke rumah PM untuk mengatakan dirinya diliwat oleh Anwar. Kejadian pula berlaku sebelum beliau membuat laporan polis. Kenapa perlu berjumpa Najib, sedangkan kita itu Pak Lah ialah Perdana Menteri.

Kenapa Saiful tidak pergi berjumpa Pak Lah?. Kenapa Najib yang ditemui untuk menangis dan mengadu diliwat. Apakah hubungan Najib dan Saiful?. Anak beranak, adik beradik, saudara mara atau apa?. Kebenaran apa yang dimahukan oleh Saiful, sedangkan pihak terbabit langsung tidak mahu memberikan dokumen yang sepatutnya kepada peguam Anwar sebelum hari perbicaraan. Kenapa perlu Saiful berjumpa Najib kemudian baru membuat laporan polis. Kenapakah mereka seakrab itu, sedangkan Saiful bekerja di Pejabat Anwar?. Maknanya Saiful dihantar bekerja di Pejabat Anwar sebagai "Spy Najib" bagi menjatuhkan karier politik Anwar. Berapakah upah dan bayaran yang diterima oleh beliau agaknya.

Kenapa menunggu begitu lama baru beliau mahu membuat laporan polis kononnya dia diliwat. Kenapa pula Saiful terlupa berapa kali dia diliwat Anwar dan mengatakan dia dipaksa atau sukarela. Bukankah semua ini menimbulkan kecelaruan sebenarnya dalam kes ini. Jika benar diliwat, bukankah elok Saiful jumpa tokoh-tokoh ulamak atau sebagainya sebelum membuat laporan polis. Soalnya, kenapa perlu berjumpa Najib, jika mereka berdua tidak ada hubungan "sulit dan intim".

Apakah Saiful tidak tahu yang bossnya Anwar itu adalah musuh Najib. Kenapa beliau berjumpa Najib diketika beliau masih bekerja dengan Anwar. Siapa yang membuka jalan untuk Saiful diterima mengadap Najib yang bukan senang untuk berjumpa rakyat, tambahan pula insan kerdil seperti Saiful. Bukankah ini menunjukkan yang Saiful memang "dihubungkan" dengan Najib oleh seseorang. Siapakah yang menjadi "Agen Saiful" itu agaknya?.

Kebenaran Liwat Tidak Sesuai Untuk Didoakan

Kebenaran apa yang mahu dicari oleh Saiful? Kebenaran dia "diliwat"? Bukankah ia memalukan dirinya sendiri sebenarnya. Tetapi kenapa Saiful langsung tidak mahu menutup mukanya setiap kali muncul di media? Malah, dalam sesetengah kes beliau begitu bangga menjadi mangsa liwat dan sanggup mengangkat tangan seperti yang dilakukan oleh Anwar dulu. - Pahangdaily

0 comments