http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Sah DUN Perak Bubar???

Posted by Love Perak | Monday, January 18, 2010 | 2 comments »

Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan! Benar ke? Itu antara persoalan yang bermain di kepala rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Perak hari ini.


Angin semakin kencang bertiup lebih-lebih lagi dengan beberapa tindakan Zambry yang dilihat tidak senang duduk sehari dua ini. Hatta beliau sendiri tidak menghadiri Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu ke 169 kerana dikatakan bertemu dengan Najib di Arab Saudi baru-baru ini.


Persoalannya jika benar DUN dibubarkan, apakah PR sudah bersedia untuk diadili di mahkamah rakyat iaitu pilihanraya sedangkan kita tahu sistem pilihanraya di negara kita adalah berat sebelah dan tidak 100 % telus.

Apakah isu undi pos sudah selesai?
Isu pengundi hantu macamana?
Gerakan memindahkan pengundi oleh pihak-pihak tertentu sudahkah dipantau dan diambil tindakan?


Penggunaan jentera kerajaan oleh BN adakah akan terus menjadi amalan BN?
Media terus berat sebelah dan menjadi alat kempen BN memfitnah PR dan pihak tidak diberi peluang membela diri?
Bagaimana dengan tuntutan untuk mencelup tangan bagi mengelakkan pengundian lebih dari satu kali?

Semua ini jika tidak di atasi ataupun tiada perubahan berlaku maka saya bimbang Zambry dan BN akan mendapat mandat yang lebih besar.
Memang kita mahukan keadilan dengan menggesa DUN DIBUBARKAN tetapi pada masa yang sama Pilihanraya yang kita tuntut itu sendiri sebenarnya TIDAK TELUS dan mungkin penuh dengan penipuan.

Mutaligat

2 comments

  1. azman kamarul // January 18, 2010 at 10:19 PM  

    Bukan lagi MUNGKIN...jika berlaku pembubaran saya yakin 100% penipuan MESTI dilakukan oleh puak-puak ni....kalau tak tipu tentu kalah...

  2. Anonymous // January 18, 2010 at 11:37 PM  

    Hngpa ingat zambry senang-senang ke nak bubar dewan kalau dia xbersedia. Mana ada orang nak bubar dewan untuk kalah.

    Pertanyaan hangpa kt PR tu memang aku sokong. bersediakah depa-depa ni nak menghadapi tipu muslihat geng UMNOgok jika berlaku pilihanraya DUN Perak?