http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Dakwaan yang tidak terjawab...!!!!

Posted by Love Perak | Friday, January 15, 2010 | 1 comments »

2010, setelah 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan hasil perjuangan rakyat segenap lapisan, penipuan Umno dan Perikatan, kemudiannya Barisan Nasinal tidak dapat dibendung lagi. Sejarah kemerdekaan yang terhasil dari pengorbanan rakyat semua bangsa telah diolah sebegitu rupa olih pemerintah zalim regim Umno/BN dengan segala kerakusannya untuk menunjukkan kononnya hanya Umno yang memperjuangkannya..!!! Ini adalah penipuan awal Umno terhadap bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Setelah setengah abab berlalu, segala pekong dan pendustaan Umno semakin rapuh, terbongkar dan menghempap ke mukanya sendiri.

Sehingga hari ini bersusun dakwaan rakyat yang masih gagal dijawab oleh regim zalim Umno/BN. Selagi Umno/BN gagal menafikan dengan fakta ketidaklibatannya dalam peristiwa berikut, selagi itulah keyakinan rakyat bahawa Umno lah yang menjadi punca kepada semua pengkhianatan, penyiksaan, penindasan dan pendustaan ini:

- Rakyat mendakwa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah sengaja dicetuskan oleh pemimpin Umno dengan matlamat mengekalkan kuasa pemerintahannya.

- Rakyat mendakwa peristiwa menyayat hati pembunuhan beramai-ramai secara zalim pada November 1985 di Memali adalah agenda sulit pemimpin Umno yang diketuai oleh Mahathir Mohamad dan Musa Hitam.

- Rakyat mendakwa kerugian berbillion ringgit wang rakyat berkait dengan skandal BMF pada 1987 adalah angkara penyelewengan yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad dan kroninya.

- Rakyat mendakwa kematian model seksi warga Monggolia, Altantuya Shariibuu adalah sendiket yang dikepalai oleh Najib bin Razak dan isterinya Rosmah binti Mansor.

- Rakyat mendakwa berbillion ringgit wang rakyat hasil minyak di Terengganu telah diselewengkan oleh Abdullah Badawi, Khairy Jamaludin dan kroninya.

- Rakyat mendakwa dalam setiap pilihanraya, undi pos terutama dikalangan anggota tentera dan polis adalah tidak telus dan diselewengkan olih SPR atas arahan Umno.

- Rakyat mendakwa Ketua Polis Negara terlibat dalam rasuah, sendiket kongsi gelap dan along.

- Rakyat mendakwa Mahathir Mohamad, Mokhtar Hashim, Linggam, Agustine Paul, Najib Razak, Musa Hasan, Gani Patail dan Rahim Noor adalah antara manusia durjana berhati binatang yang terlibat secara langsung menfitnah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

- Rakyat mendakwa SPRM adalah talibarut Umno dan memutarbelitkan dalam banyak kes siasatannya untuk menutup pelakuan rasuah jutaan ringgit dikalangan pemimpin Umno.

- Rakyat mendakwa insiden pembakaran dan merosakkan gereja yang berlaku dalam seminggu ini adalah perlakuan yang direstui olih Umno sebagai sebahagian daripada agenda politiknya untuk menimbulkan keadaan tegang antara kaum demi matlamat politik jijik Umno seperti apa yang terjadi dalam tahun Mei 1969.

- Rakyat mendakwa tercetusnya polimik kalimah 'ALLAH' adalah skrip yang dibuat olih Umno setelah perbuatan memijak kepala lembu di Shah Alam oleh PEKIDA gagal menimbulkan ketegangan kaum.

- Rakyat mendakwa PEKIDA (baca PUKIDA) adalah agen samseng Melayu yang ditubuhkan dan dibiayai olih Umno untuk menimbulkan kacaubilau dan huruhara pada masa-masa tertentu demi kepentingan politik jijik dan hina mengikut acuan Umno.

- Rakyat mendakwa terlalu banyak berita dan cerita yang disiarkan olih akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, TV1 dan 2 serta TV3 berunsur fitnah jahat dan menjurus kepada niat memecahbelahkan perpaduan kaum dan kefahaman beragama.

oleh : kerajaan rakyat

1 comments

  1. azman kamarul // January 15, 2010 at 6:38 PM  

    Saya sebagai rakyat negara ini sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan....kerana....persoalan-persoalan di atas semuanya akan lenyap walaupun diungkit oleh rakyat..kalau benar mengapa BISU?