http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Lim Guan Eng akan ditangkap?

Posted by Love Perak | Wednesday, January 13, 2010 | 1 comments »

oleh : al-brangi

Seperti posting sebelum ini, saya ada memperkatakan mereka ada kuasa dan 'berkuasa'. Mereka boleh bila-bila masa menggunakan kuasa mereka. Siapakah mereka itu?

Mereka itu ialah pemerintah sekarang di bawah UMNO/Barisan Nasional. Segala instrumen Kerajaan akan bila-bila masa menggunakan kuasa yang ada pada mereka. Mereka sangat taat dan patuh. Mereka tidak pernah mungkir apabila diarah berbuat sesuatu.

Waran tangkap bila-bila masa akan dikeluarkan untuk menangkap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng, jika beliau terus menerus tidak mahu bekerjasama dan enggan memberi kenyataan kepada polis dalam kenyataan Guan Eng yang berbau hasutan pada pandangan polis pada 19 Disember 2009 di Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam.

Ketua Polis Selangor berkata mereka gagal mengambil kenyataan dari Guan Eng pada Sabtu lepas. Satu pasukan polis telah dihantar untuk menemui Guan Eng di Pulau Pinang setelah memaklumkan dalam telefon tetapi gagal. Guan Eng memohon satu salinan report awalan dari polis sebelum memberi kenyataan kepada polis.

Polis akan menggunakan Seksyen 111 'Criminal Procedure Code' yang memberi kuasa kepada polis agar saksi perlu hadir memberi kenyataan.

Guan Eng diperlukan oleh polis untuk tujuan penyiasatan kata-katanya di Konvensyen tersebut, bahawa "Teoh Beng Hock telah mati dibunuh."

Seorang pegawai polis telah membuat report polis yang memungkinkan Guan Eng disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Seterusnya sila baca di sini.

al-brangi: Saya percaya Guan Eng akan 'menyerah' diri untuk memberi kenyataan dan bekerjasama dengan pihak polis, mungkin kesibukan tugasnya tidak memungkinkan beliau berbuat demikian. Mustahil Guan Eng mengambil risiko dengan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa.

Tiada yang lebih berkuasa melainkan kuasa Allah SWT.

1 comments

  1. azman kamarul // January 13, 2010 at 8:32 PM  

    GUAN ENG tercatat dalam sejarah tamadun Melayu di abad moden tamadun manusia....pernah dipenjara kerana mempertahankan kes ROGOL gadis bawah umur di Melaka.......

    Kini, orang yang sama akan cuba dihapuskan sekali lagi suaranya untuk menegakkan keadilan di bumi ini....

    Ini bukan masalah bangsa...ini adalah masalah ketidakadilan yang beliau lihat....

    Mudah-mudahan negara ini terselamat dari bala akibat tanga-tangan jahat dan kotor....