http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Ini sudah lebih, tunggu apa lagi

Posted by Love Perak | Wednesday, January 27, 2010 | 1 comments »

oleh : shalehudin

Nampak benar ketidakserasiannya Zul Kulim ngan pendirian dan falsafah perjuangan PKR. Terlihat janggal dan sumbang sekali setiap langkah yang disusun oleh YB PKR bagi Kulim ini dengan apa yang termeterai bersama dalam Pakatan.

Kekadang tu terasa gak nak tanya puak pimpinan PKR ni, siapa yang bakal menanggung dosa tersilap pilih hero bangsa Umno ni menjadi calon PKR pada PRU ke12 yang lalu. Takkan hangpa tak serik serik lagi, setelah apa yang kita lalui entah untuk ke berapa kalinya kelaku hodoh MP Kulim ni. Siapa YB Zul ni dalam PKR selain menjadi punca pada segala masaalah. Atau masih ada lagi ka, perasaan kasih berbunga dan sayang yang tak bertempat pimpinan PKR terutamanya Sdr Anwar sendiri terhadap Zul ni, setelah banyak honar dan peluru tabur bagi Umno yang diciptanya.

Hangpa jenuh buat statement la kalau camni. Lepaih satu, timbui lagi satu. Bukan yang terakhir, bakal timbui lagi satu dan begitulah seterusnya selagi diarahkan oleh tuannya untuk membuat kacau dalam Pakatan.

Ni lagi satu, hangpa lantik Saifuddin dok sebagai Setiausaha Agung tu betoi dah. Tapi bagi la kerja yang sepadan ngan kepakaran dia. Jangan rendahkan taraf Saifuddin dengan dok buang masa layan mamat angau ni. Eeee... menyampah sungguh aku dengan jenih orang yang perasan baguih dan hero.

Agenda revolusi: Dakwaan MP Zul amat serius, kata PKR

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dilihat “sudah keterlaluan” ekoran kenyataan terbarunya mendakwa PKR dan Pakatan Rakyat (PR), yang diwakilinya, sedang menggerakkan revolusi untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Dasar itu menekankan pendirian menerima Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, hak keistimewaan Bumiputera dan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

"Ini adalah fakta kerana kita ada dokumen, yang ditandatangani pemimpin dari tiga parti, di mana beliau sendiri hadir pada majlis konvensyen Pakatan tempoh hari.

Jangan sampai kami para pengundi jadi meluat dengan lembiknya tindakan PKR menangani isu hingusan ni. Jangan ada ahli hangpa sendiri yang nampak hangpa tak serius dan memain menyelesaikan isu disiplin dalaman parti. Dah terlalu banyak damage yang hero baru Umno ni buat.

“Sebenarnya ramai orang merasakan PKR tidak serius untok mengambil tindakan.

“Malah ada yang mengagak tidak akan ada satu keputusan yang tegas akan diambil dalam tempoh tersebut,” katanya.

Apa yang penting, tindakan kita mesti betul dengan mekanisme parti, tapi cepat dan tepat. Takkan yang tu pun nak kena ajar. Kata hangpa terer sangat. Pendokong Pakatan dibawah ni dah naik haru dah...

“Tetapi kami ambil tindakan apabila laporan polis beliau (ke atas Khalid Samad) yang membelakangi saluran dan mekanisme parti,” katanya.

“Kami tidak bertindak kerana beliau memperjuangkan Islam, kami tidak bertindak kerana beliau seorang pejuang Islam atau pejuang Melayu... tapi bertindak kerana membuat laporan polis dan ini adalah isu pelanggaran disiplin,” katanya lagi.

1 comments

  1. MC_Shaharul // January 28, 2010 at 2:11 AM  

    sy btl2 x ska dgn yb zul nie krn sy dpt mengetahui peribadi dia dari tmn yg berada di kulim,dan sy x bersetuju dgn cara dia melaporkn kpd polis mngenai yb khalid,tp sy bersetuju dgn ape yg dia perjuangkn mengenai penggunaan kalimah Allah oleh org kristian,sblm nie mmg sy rasa mcm x kisah sgt bila org kristian nk mengunakn kalimah Allah,tp setelah sy mendegar kuliah disebuah masjid di daerah taiping slps maghrib td yg disampaikan oleh salah seorg ust yg kami di sini tahu yg dia adalah seorg penyokong PAS tegar dan dia jg merupakan QADHI sebuah daerah di perak,baru sy fhm ape sbnrnye yg berlaku disebalik permintaan org kristian terhadap penggunaan kalimah Allah di malaysia nie..bermacam2 lah huraian ustaz itu,krn dia jg mengeluarkan hujah tentang perbandingan agama,perbezaan bible dan al-quran dan sbgainya sy tidak mau mengulas apa yg dikatakan ustaz itu krn sy bkn seorg ustaz,tp pendiriannya tidak bersetuju sekiranya org kristian menggunakan kalimah Allah.

    klu difikirkan apa logiknya org kristian hendak menggunakan kalimah Allah di malaysia ini..x lain dan x bkn cuma utk mengelirukan dan menarik umat2 Islam spaya mengikuti ugama mereka..sdgkn semenjak dari kedatangan portugis ke melaka lg antara tujuan utama meraka adalah mengaut keuntungan dari hasil mahsul yg ada di negara ini,selain itu jg mereka menyebarkan agama mereka ke negara kita...

    ttp mereka tidak pernah menggunakan kalimah Allah sehingga bertahun2 lamanya,ttp knp baru skrg mereka beria2 sgt mahu menggunakan kalimah Allah ini?anda tahu knp?krn mereka mahu mengikuti jejak langkah indonesia yg memberikan kebebesan seluas2nya kpd smua agama utk berdakwah kpd masyarakat,sy mempunyai sedikit pengalaman ketika kuliah negara tersebut dan sy dpt lihat bgaimana kelirunya masyarakat awam yg beragama Islam di sana tentang Islam dan kristian seolah2 tiada beza..

    cuba saudara bayangkn sehingga dibuat scara live pd setiap hari ahad di tv2 indonesia upacara keagamaan di gereja scara lgsung di tv,di dalam ucapan,upacara dan doa2 mereka menyebut Allah..begitu jg dgn kitab bible,kitab2 bible mereka jual scara meluasnya dimerata2 toko buku,bible di sana dinamakn dgn al-kitab,bila diteliti al-kitab dgn bible yg bkn versi indonesia menyebabkn umat Islam boleh menjadi keliru,kerena meraka menggunakn kalimah Allah,sedangkn di dlm bible digunakn dgn god,mrym,dan jesus...

    adakah anda tahu knp di Indonesia terjadi kekeliruan agama sehingga sebegitu rupa,krn mereka mengunakan pancasila,iaitu kesamarataan kpd bangsa dan agama...pleh krn itulah kristian di malaysia ini mahu mengikuti jejak langkah kristian indonesia..knp baru skrang mereka baru brani?krn skrg diwar2kn seluruh mlaysia dgn slogan 1 MALAYSIA,jika diamati slogan ini sama sahaja dgn pegangan di INDONESIA iaitu PANCASILA..

    bkn niat sy hendak memandang serong kpd ugama2 lain,ttp cuma sekadar utk kita berhati2 jgn smpai kita terjerat dgn perkara2 ini,jgn kita memandang cuma pd sudut politik shaja,ttp hendaklah melihat kpd maslahat umat Islam,tidakkah kita tau sblm ini berapa rmai anak2 Islam yg telah murtad pd agama Allah?jgnlah disebabkn kesilapan kita pd masa ini menyebabkn negara Malaysia menjadi seperti di Indonesia,sy bgitu yakin dgn perjuangan PAS,tp sy sbgai rakyat bawahan cuma sekadar mengingatkn pemimpin supaya tidak lari dari prinsip Islam,kerana sy merasa hairan jg krn sblm ini kenyataan dari PAS mengatakan PAS tidak membenarkan org kristian menggunakan kalimah Allah utk mengelirukan,tp adakah kita tahu tujuan mereka?jd PAS jg tidak memberikan garis panduan kalimah Allah itu cuma boleh digunakan dimana?mmg dlm al-quran ALLAH mengatakan Allah itu untuk semua,semua umat..kita jgn samakn negara ini dgn negara arab,suasana disini berbeza dgn di negara arab,klu kita lihat di Eropah jg tidak menggunakan perkataan Allah..kita harus melihat kemaslahatan di dlm negara kita,sy btl2 takut skiranya MALAYSIA mengikuti jejak langkah INDONESIA krn sy pernah melihat dan mengalaminya...

    akhir kalam sy mohon maaf skiranya sy tidak sependapat dgn tuan,cuma skdr pendapat dari sy insan yg hina..wallahua`lam..