http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

1Malaysia Perlu Baca

Posted by Love Perak | Sunday, January 10, 2010 | 1 comments »


Mahkamah mana yang mengendalikan kes ini?
- Mahkamah umno/Barisan Nasional

Siapakah yang dengan lantangnya mengizinkan demontrasi yang dirancang untuk membangkitkan api permusuhan kaum/agama ini?
- Presiden umno dan sepupunya, Menteri Dalam Negeri.

Kenapa tiada semburan gas pemedih mata, air berasid dan hayunan cota?
- Arahan Menteri Dalam Negeri kerana yang berdemo adalah puak kerabat umno.

Kenapa gereja dibakar?
- Segaja dirancang untuk membangkitkan permusuhan antara kaum/agama?

Parti manakah yang mengamalkan perkauman?
- UMNO (Melayu haprak)
- MCA (Cina pembodek)
- MIC (India tak sedar diri)

Kenapa gereja terbakar?
- Ini soalan mudah. Sebab Polis sibuk mencari Raja Petra...!!!

Apa untungnya dari permasalahan ini?
- Parti perkauman yang berlakon menjadi hero penyelesai isu ini.

Siapa yang menipu dan tertipu?
- Pemimpin umno menipu. Pencacai umno tertipu.

Siapa yang tenang, sabar dan tahu ini adalah wayang haramjadah?
- Semua yang faham perjuangan Pakatan Rakyat.

Kemaskini

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 9 Januari 2010


Kejadian Membakar Gereja Bertentangan Dengan Prinsip Agama


Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat, merakamkan kekesalan yang tidak terhingga di atas perkembangan terkini di mana beberapa buah gereja telah dicerobohi.

Sesungguhnya, perbuatan melakukan kerosakan kepada tempat ibadah mana-mana penganut agama adalah sangat bertentangan dengan prinsip agama Islam malah mana-mana agama sekalipun. Di dalam Al-Quran dinyatakan:

“Orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, melainkan hanya kerana mereka berkata, "Tuhan kami adalah Allah." Jika Allah tidak membangkitkan sebahagian manusia menolak (kezaliman) sebahagian yang lain, nescaya telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja,rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang didalamnya banyak di sebutkan nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti akan menolong orang yang menolong agamaNya, Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Al-Hajj: 40)

Kami menyeru kepada semua pihak agar bertenang dan berfikiran secara rasional dalam menangani isu yang sedang melanda negara pada ketika ini. Tindakan yang bersifat provokasi hanya akan memburukkan keadaan.

Kami berpandangan bahawa insiden ini boleh menimbulkan ketegangan antara agama dan mengancam keselamatan negara. Oleh yang demikian kami menuntut kepada pihak berkuasa supaya bertindak dengan tegas dan segera bagi memastikan mana-mana individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan jenayah berkenaan diadili dengan sewajarnya.



DR MUHD NUR MANUTY
Pengerusi, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti Keadilan Rakyat

Kerajaan Rakyat

1 comments

  1. Putra IJ80 // January 10, 2010 at 4:53 PM  

    Siapa kah yang BERANI mempertahankan nama Allah.

    UMNO dan kuncu kuncu nya.

    Siapa kah yang TAKUTKAN Allah.

    Orang PAS dan Jema'ahnya serta orang yang Beriman dgn nya.

    Wallahuaklam.