http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Gani Patail buat cerita lawak - Tian Chua

Posted by Love Perak | Wednesday, January 06, 2010 | 0 comments »

SHAH ALAM - Pengumuman Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail, bahawa hasil siasatan polis mendapati tiada pegawai tertinggi yang terlibat dalam skandal kehilangan dua enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu mencurigakan.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, pengumuman itu menggemparkan negara dan tanpa penjelasan pihak kerajaan, ia dikhuatiri menimbulkan syak wujudkan konspirasi untuk melindungi pihak atasan, termasuk pemimpin politik.

“Bagaimana Peguam Negara boleh membuat ‘kesimpulan’ tiada penglibatan pegawai atasan dalam kes itu, sedangkan polis memberitahu siasatan masih berjalan?

“Ini seperti 'cerita lawak' dan tidak munasabah. Bagaimana pegawai bawahan boleh mencuri dan menjual enjin pesawat ke luar negara? Adakah perkara itu boleh berlaku dengan mudah jika tiada campur tangan pihak atasan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau tiada menolak kemungkinan terdapat pembabitan pegawai atasan yang bukan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ahli politik dalam kes kehilangan enjin itu.

“Adalah tidak logik hanya pegawai bawahan yang terlibat, sedangkan proses membawa enjin pesawat yang besar seperti itu ke luar negara adalah rumit dan memerlukan pengesahan pihak atasan dari segi logistik, pengangkutan dan lain-lain,” katanya.

Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu, mencadangkan supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan segera untuk menyiasat kes kehilangan enjin itu kerana insiden membabitkan kepentingan pertahanan negara mesti diberi keutamaan.

“Isu pertahanan negara lebih serius daripada kehakiman kerana ia melibatkan keselamatan rakyat. Jika gejala rasuah boleh menembusi sistem pertahanan negara, ia sangat serius yang boleh membuat rakyat merasa tidak selamat,” katanya.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa pengumuman Peguam Negara mengenai kes itu menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat.

“Rata-rata rakyat memberi reaksi negatif di Internet dan ramai tidak percaya perkara seperti itu boleh berlaku tanpa pembabitan orang atasan.

“Jika pegawai bawahan boleh melesapkan harta kerajaan berpuluh juta ringgit, apakah pegawai atasan tidak boleh melakukannya,” katanya.

0 comments

There was an error in this gadget