http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Isu Panas di Gopeng

Posted by Love Perak | Friday, January 01, 2010 | 0 comments »


بسم الله الرحمن الرحيم

Hamidah tidak memegang port-folio tanah dalam kerajaan negeri.
Tidak sesuai memberi ulasan

GUNUNG RAPAT - Kerajaan negeri diminta mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang terlibat dalam skandal pemberian kuota tanah di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Kampung Sungai Itek, Gopeng.

Ahli Dewan Undangan Kawasan Teja, Chang Lih Kang berkata, senarai yang disediakan oleh oleh Pegawai Daerah itu, tidak seharusnya adanya sistem kuota untuk Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Mohd Kassim.

“Saya tidak mahu membangkitkan tentang pemberian kepada penduduk tetapi yang menjadi persoalannya mengapa terdapat kuota untuk Ketua UMNO berkenaan.

“Pegawai Daerah tidak mempunyai kepentingan, yang merasa adalah Ketua UMNO maka yang menjadi ‘kambing hitam’ adalah Pegawai Daerah,” katanya dalam sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Gopeng di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penyelewengan tanah yang di kampung berkenaan dan penjelasan yang dibuat oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.

Katanya, Hamidah tidak sesuai untuk membuat ulasan berhubung isu itu kerana tidak memegang port-folio tanah dalam kerajaan negeri. (Baca lagi siapa Midah dan Hamzah) Lih Kang berkata, kedua-dua Hamzah dan Hamidah pula mempunyai kaitan kerana pernah menjadi rakan kongsi perniagaan di sebuah syarikat iaitu Projek Bitara Sdn Bhd, sekali gus menimbulkan keraguan.

Beliau, apa yang diragui adalah disebabkan Hamidah menafikan bahawa sistem kuota dalam pembahagian tanah RPT adalah polisi kerajaan Barisan Nasional (BN)

Kata beliau, jika BN benar-benar bertekad untuk membasmi penyelewengan berkenaan, mereka perlu siasat dan mencari dalang sebenar dalam kes ini.

Lih Kang berkata, tindakan undang-undang perlu diambil ke atas pihak yang terlibat dalam skandal penyelewengan tanah terutamanya penyalahgunaan kedudukan Hamzah untuk mendapat kepentingan sendiri dan sekutunya.

Selain itu, ADUN itu juga meminta supaya senarai peserta RPT Kampung Sungai Itek itu yang dikemukakan di bawah kuota Ketua UMNO Bahagian Gopeng dan Ketua Kampung.

“Buka permohonan semula dan mendapatkan penduduk-penduduk yang layak untuk mengisi 40 kekosongan ini,” katanya.

Katanya, sekiranya langkah ini tidak diambil, beliau akan merujuk semua ahli-ahli Jawatankuasa Tanah Kampar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Menteri Besar perak ataupun wakil, Ahli Parlimen Kampar, ADUN Tualang Sekah, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian atau wakil, dan Pegawai Daerah yang mempengerusikan jawatankuasa tanah.

Man Jadda Wa Jada

0 comments