http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kepala out dated betoi la

Posted by Love Perak | Saturday, January 02, 2010 | 0 comments »

Oleh : shalehudin

Out dated punya kepala.

ADUN Tanah Rata, Pahang, Ho Yip Kap, masuk Gerakan diwaktu parti Gerakan Pulau Pinang dok tak bergerak gerak. Pulau Pinang merupakan nadi bagi parti Gerakan Malaysia, pun dok tercungap cungap dan segan nak bergerak dah. Berapa banyak pemimpin dia yang lari tertinggal seluar, yang dia ni terhegeh hegeh nak join parti yang "hidup segan, mati wa belum mau" ini.

Parti bangsa Umno Pulau Pinang pun yang sebelum ini teman sebantal Gerakan kini melayan mereka bagai kucing kurap..

Adun bebas Tanah Rata sertai Gerakan

KUALA LUMPUR, Jan 2 – Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanah Rata, Pahang, Ho Yip Kap, yang merupakan wakil rakyat Bebas secara rasminya telah menyertai Gerakan.

Mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Badan Perhubungan Gerakan Pahang Datuk Dr Ng Keong Chye berkata keputusan Ho untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dibuat selepas mempertimbangkan pandangan penyokongnya dan anggota akar umbi.

“Kami berasa bangga dengan keputusannya memilih Gerakan sebagai platform baru untuk beliau berkhidmat kepada rakyat, terutamanya pengundi di Tanah Rata, walaupun beliau turut dipancing parti-parti pembangkang.

“Saya percaya kami akan dapat bekerja sebagai satu pasukan demi faedah rakyat,” kata Ng.

Beliau berkata keputusan Ho membuktikan ramai yang masih percaya dengan ideologi dan perjuangan politik Gerakan untuk menyatukan rakyat, tanpa mengira bangsa, gender dan agama untuk membina sebuah negara yang bersatu, adil, liberal dan progresif.

Ng berkata Gerakan akan memberikan sokongan padu kepada Ho, bekas guru besar, dalam usaha beliau untuk memperjuangkan kebajikan pengundi di kawasan yang diwakilinya.

Berikutan Ho kini menyertai Gerakan, BN kini menguasai 38 daripada 42 kerusi di Dewan Undangan Negeri Pahang. PAS dan DAP masing-masing dengan dua kerusi. – Bernama

0 comments