"Seluruh dunia mengutuk kita. Wartawan dari seluruh dunia menalifon saya. Wartawan New York Times juga talifon dan bertanya apa sudah jadi dengan Malaysia. Kenapa gereja-gereja diserang?. Saya malu dan sedih untuk menjawab."
Itulah antara kata-kata Anwar dalam ceramah perdananya di Cherok Tok Kun semalam.
Rakyat seluruh Malaysia perlu menolak UMNO/BN dalam pilihanraya umum 13 yang akan datang, tidak sampai 2 tahun lagi kata Anwar!!!
¡Hola mundo!
8 years ago
gelihati tok bila TPM merangkap menteri pelajaran kata nak beri tumpuan pada prasarana sekolah-sekolah.
kalau yang tak tahu apa-apa memang kena tipu hidup-hidup je.
ramai yang tak tahu mulai tahun ni sekolah-sekolah di seluruh negara kena bayar bil letrik sendiri.
tak tahulah tok macamana caranya sekolah nak jimatkan penggunaan bil letrik.
bagi sekolah berasrama mungkin murid-muridnya kena balik ke rumah mulai jumaat petang dan kembali semula ke sekolah pada ahad petang.
bagaimana pula dengan nasib makmal komputer.
Skim Baucer Tuisyen pula dah tak ada.
Pelan Muhyiddin nak perkasakan prasekolah memang hebat kalau dilihat cara dia bercakap
tetapi bila tok dapat sumber guru-guru prasekolah yang kena ajar modul baru mulai tahun ni hanya dihantar menjalani kursus selama beberapa hari pada bulan november lepas akan dilihat seperti buat keja asal nak siap je.macam buat rumah pasang siap.macamanalah kita nak perkasakan prasekolah.
PRU tak lama dah.Jadi boleh dilihat apa yang menteri-menteri cakap lebih kepada berkempen.itulah tanggapan ramai orang