http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Pendapat Pimpinan Pakatan Rakyat Mengenai Isu Allah

Posted by Love Perak | Sunday, January 03, 2010 | 0 comments »

1. Nasaruddin Tantawi
"Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan. "Pendirian kami, siapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini. Beliau juga tidak menolak kebimbangan sesetengah pihak bahawa kemungkinan penggunaan kalimah tersebut disalahguna. Jika keadaan itu berlaku, beliau bimbang ianya akan mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia memandangkan ianya sangat sensitif. "Ada pun yang kita bimbang ialah jika sekiranya penggunaan itu adalah penggunaan untuk mempersenda mempermainkan kalimah Allah dan meletakkan kalimah itu di merata tempat tanpa menghormati sensiviti umat Islam, dan itu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian", katanya lagi. (Lanjut di Harakah Daily)
2. Khalid Samad

1. Al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, samada golongan musyrikin, Yahudi mahupun Nasrani menggunakan perkataan ‘Allah’ apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam. Maka, sekiranya kita ingin menentukan hukum berhubung persoalan ini, Al-Quran adalah rujukan pertama. Sekiranya Al-Quran sendiri mengiyakannya, bagaimana kita hendak menafikannya? Di mana hendak kita simpan ayat-ayat yang mengatakan orang bukan Islam juga menggunakan perkataan Allah untuk memaksudkan Tuhan semesta alam seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”? 2. Rasulullah (SAW) tidak pernah menghalang penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam. Ini adalah kerana Allah adalah Tuhan semesta alam, termasuk Tuhan orang-orang yang kufur terhadapNya. Sekiranya Rasulullah (SAW) tidak melakukan itu, apa sebab kita ingin melakukannya? Kaedah membezakan ‘Allah’ dengan apa yang disembah orang Kuffar dengan menggunakan nama yang khas dan berbeza tidak digunakan Rasulullah (SAW). Tidakkah ada hikmatnya? Lanjut di Khalidsamad.com

3. Zulkifli Noordin

1. Nama ALLAH bukan milik sesiapa pun, samada Muslim atau kafir, baik manusia atau mana-mana makhluk dimuka bumi atau di alam maya ini. Sebenarnya nama ALLAH adalah milik mutlak ALLAH sendiri sebagai Maha Pencipta kita. Dan ALLAH itulah yang telah menurunkan Al Quran sebagai wahyu terakhir kepada manusia melalui Rasulullah saw khatamul anbiya. Al Quran itu adalah satu-satunya petunjuk kepada jalan ketaqwaan (Al Baqarah:2). Dan Al Quran itu adalah petunjuk yang benar dan haq, dan dimenangkan dan dimuliakan atas agama dan kefahaman lain, walau musyrikin (dan kafir la'natullah lain) tidak suka (Al Fath: 20).


ALLAH yang empunya nama Nya sendiri itu telah menegaskan bahawa yang namanya ALLAH itu Satu; "Katakan Muhammad bahawa ALLAH itu Satu, Ia merdeka dan berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak lagi tidak dperanakkan, ALLAH itu tidak sekufu dengan sesiapa pun" (Al Ikhlas: 1-4). Lanjut di Zul4kulim

Lain-Lain Pendapat
peguamkita
Idhamlim@CinaIslam


sumber

0 comments