Tahniah kepada kerajaan umno/BN kerana prihatin terhadap masalah kesihatan rakyat.
SETIU: Ibarat rumah siap tetapi pahat masih berbunyi, itulah yang terjadi kepada Dewan Bedah Hospital Dearah Setiu apabila ia masih tidak dapat digunakan walaupun hospital yang berharga RM65.8 juta itu sudah siap sejak enam tahun lepas.
Antara masalah yang menyebabkan ia tidak dapat digunakan termasuk kebocoran bumbung dan masalah hama yang mengakibatkan udara di dalam dewan bedah tercemar sekaligus tidak dapat digunakan untuk pembedahan.
Sebelum ini dewan bedah Hospital Daerah Kemaman dan Besut dilaporkan mengalami keadaan tersebut dan mengambil antara empat hingga enam tahun untuk menjalani proses pembaikian semula sebelum ia dapat digunakan sepenuhnya.
Keadaan itu memaksa pesakit yang ingin menjalani pembedahan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu lebih 50 kilometer dari sini dan Hospital Daerah Besut yang terletak hampir 60 kilometer.
Sebelum ini difahamkan beberapa kerja pembaikan dilakukan dengan melibatkan kos hampir lebih setengah juta, namun masalah yang sama tetap berulang.
Kerajaan Rakyat: Buat hospital RM65.8 juta untuk bela hama!!! Rakyat kena tunggu, umno akan arahkan tubuh badan siasatan. Siasat kemudian senyap. Tubuh badan atau suruhanjaya siasatan untuk perabis duit rakyat. Hasilnya tarak... dapat hama jugak...
Bagi pemimpin umno ini hal kecil. Mereka kalau sakit mana hendak masuk hospital macam ini, mereka dirawat di hospital swasta. Bil hospital puluh ribu bukan dia orang yang bayar, gomen bayar. Duit gomen tu duit kita, duit rakyat.
Kerjaan Rakyat
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment