http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Zambry Seram Sejuk Menanti Keputusan Mahkamah

Posted by Love Perak | Tuesday, January 05, 2010 | 2 comments »

Debaran Kian Terasa-oleh JJ


Walaupun Mahkamah Persekutuan masih belum menetapkan bilakah tarikh untuk keputusan kes DS Nizar dan Zambry tetapi debaran tetap terasa, bukan sahaja dirasakan oleh DS Nizar atau DS Zambry, tetapi debaran itu turut dirasakan oleh seluruh penyokong Pakatan Rakyat di negara ini, khususnya di negeri Perak.

Seram sejuk dibuatnya, apakah Zambry juga tidak terasa `seram sejuk' atau dia rasa cukup selesa untuk menghadapi keputusan mahkamah yang entah bila diketahui.

Seandainya keputusan mahkamah menyebelahi DS Nizar, satu kemenangan moral kepada DS Nizar dan Pakatan Rakyat. Yang pasti Nizar akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak mohon berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. Plihanraya satu negeri pula, inikah yang Zambry dan Umno/BN yang takutkan.

Sekiranya Zambry menang, apakah dia akan mengadap Sultan mohon DUN dibubarkan, Jika ini yang Zambry lakukan `tabik' buat Zambry. Kalau sudah menang rasanya Zambry tidak akan bertindak untuk mohon DUN dibubarkan

Jika Nizar menang beliau akan mengembalikan mandat kepada rakyat. samada pilih BN atau Pakatan Rakyat. Biar rakyat buat keputusan . Inilah pemimpin mendahulukan rakyat.Tetapi sekiranya zambry menang, apa macam, Pakatan Rakyat macam mana? Adakah Zambry juga akan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Agak agaknya Zambry akan buat macam tu? Mengikut firasat saya yang kerdil ini mana mahunya Zambry mengadap Sultan Perak untuk mohon DUN dibubarkan. Mana mungkin orang yang sudah menang, tiba tiba pergi jumpa Sultan mohon perkenankan DUN dibubarkan.

Jika Zambry benar benar pemimpin Perak 1 Malaysia, sewaktu Perak tengah gawat dengan krisis yang melanda negeri ini, di saat itulah Zambry wajar mengadap Sultan mohon berkenan DUN dibubarkan.

Ada angin bertiup sama ada angin sepul sepul bahasa atau angin taupan tidak pula diketahui, kononnnya Zambry akan mengadap Sultan Perak mohon DUN dibubarkan sebelum keputusan mahkamah dibuat. Tidak diketahui `matan khabar angin' itu sama ada palsu atau sahih.

Bagi saya jika Zambry ada moral, ketika krisis melanda itulah dia kena mengadap Sultan mohon DUN dibubarkan kerana dia antara pemimpin pemimpin BN yang menyanjung slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan.

Kalau di saat saat hampir tarikh keputusan dibuat oleh mahkamah baru dia hendak mengadap Sultan mohon DUN dibubarkan,, tindakan itu jelas mementingkan' kuasa. Jika itu yang bakal terjadi, saya kira Zambry sudah tidak yakin dia boleh menang,

Apa pun seluruh rakyat Perak sedang menunggu penuh debaran, `penyokong penyokong Pakatan Rakyat `menanti hari esok' yang penuh ceria atau derita atau adakah `esok masih ada' buat Pakatan Rakyat Negeri Perak

2 comments

  1. Anonymous // January 5, 2010 at 7:56 PM  

    ZAMRY KLU ANG ANAK JANTAN ANG KENE BUBARKAN DUN,KEMBALIKAN HAK RAKYAT PERAK...

  2. Anonymous // January 5, 2010 at 10:41 PM  

    telur mana telur....