http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

ZAMBRY DICABAR TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN

Posted by Love Perak | Friday, January 08, 2010 | 0 comments »

IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengalu-alukan hasrat ikhlas Dato" Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menyiasat dan mendedahkan kepada rakyat isu penyelewengan pengagihan konsesi balak yang telah ditimbulkan oleh Kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) bagi tujuan memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat .
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr.Raja Ahmad Al-His dalam satu kenyataan medianya semalam.

Pemuda PAS Negeri amat bersetuju jika benar Dato" Seri Zambry telus di dalam isu ini, sehubungan itu Pemuda PAS Perak mencadangkan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Bebas di tubuhkan bagi menyiasat isu penyelewengan pengagihan konsesi balak sejak dari 50 tahun lalu sehingga sekarang bagi kerajaan yang telah memerintah supaya rakyat boleh bernilai keadaan sebenarnya.

"Kita mencabar Zambry untuk membuka siasatan terbuka sepanjang 50 tahun Kerajaan Negeri Perak yang telah ditadbir oleh BN," tegasnya

Pemuda PAS Negeri melihat semasa perbentangan bajet 2009 oleh Dato" Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyatakan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah menjana hasil sebanyak RM40 juta berbanding hanya RM17 juta yang dikutip oleh Kerajaan Negeri BN sebelum ini.

Ini kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah melaksanakan sistem tender kawasan balak dengan telus, jelasnya.

"Adalah tidak adil kononnya isu pengagihan konsesi balak ini hanya tertakluk kepada semasa pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sahaja dan tertubuhnya Jawatankuasa Khas ini telah menunjukkan ianya berpihak kepada BN semata-mata, ia bukannya untuk mencari kebenaran mengenai perkara tersebut dan rakyat boleh menilainya sendiri," katanya.

Pemuda PAS Negeri berharap supaya cadangan ini diterima dan mencabar jika benar-benar i Zambry ikhlas di dalam mencari kebenaran untuk memastikan wang rakyat diuruskan dengan sebaik-baiknya.

"Jika Zambry hanya terus menggunakan kaedah siasatan bersama Jawatankuasa Khasnya, terbukti beliau cuba menutup penyelewengan BN berhubung isu ini," tegasnya.

0 comments