Oleh : Anak Sungai Derhaka
Jika benar sebagaimana yang dikhabarkan , ini adalah PRK yang ke 9 dan yang pertama buat tahun 2010 ini.
MP Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR, yang kini menderita pelbagai penyakit, dikatakan telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada DSAI, tetapi masih belum disahkan adakah DSAI akan mengarahkan MB Selangor Khalid Ibrahim menyampaikan surat tersebut kepada Speaker.
Francis Xavier Subramaniam yang merupakan Ketua Penyelaras PKR's untuk Cabang Rasa berkata bahawa ramai penduduk tempatan mengharapkan Anwar untuk mengumumkan pengunduran diri MP Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad untuk membuka jalan bagi sebuah pilihanraya kecil.
“Semua orang tahu yang Dr. Zainal sedang sakit, samada dia akan meletakkan jawatan atau tidak, kita tidak pasti,” tambah Francis
"Kami mendengar bahawa beliau akan mengundurkan diri, tetapi kami tidak yakin akan hal itu," kata ahli DAP tempatan Tan Chou Tam 55, yang juga setiausaha JKKK Rasa.
Aku orang Bukit Sentosa ,Hulu Selangor.
Sejak PR memerintah Selangor, banyak perubahan berbanding BN.
Jalan sering tar dan sering baiki lampu jalan.
Gudang Tesco akhirnya siap pada akhir 2008 sesudah tertangguh hampir 3 tahun di Bukit Beruntung.
Kalau BN memerintah Selangor, bukan saja jalan tar tak dapat, semua projek akan tertangguh.